Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2009

Vandalisme punca kanak-kanak mati di mini stadium 28 Jun lalu

SRI AMAN, Khamis (9 Julai) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) tidak menolak kemungkinan bahawa faktor vandalisme sebagai punca penyebab utama kematian seorang kanak-kanak di kawasan perkarangan luar Mini Stadium Sri Aman baru-baru ini.

Terdahulu seorang kanak-kanak lelaki terbunuh sekitar waktu petang pada 28 Jun lalu apabila sedang bermain dengan rakan-rakannya permukaan lantai dan tanah yang masih basah akibat cuaca hujan di perkarangan kawasan luar Mini Stadium Sri Aman.

Mangsa dipercayai mati setelah terkena renjatan elektrik dari punca kerosakan sistem pendawaian yang disebabkan oleh aktiviti vandalisme di kawasan perkarangan luar mini stadium berkenaan sebelum ini.

“Pihak majlis bersama pihak SESCO telah melancarkan siasatan ke tapak kejadian kemalangan terbabit untuk menyiasat punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa kanak-kanak lelaki itu.

“Menerusi hasil siasatan awal dalaman, pihak majlis tidak menolak kemungkinan bahawa kegiatan vandalisme ke atas sistem pendawaian elektrik di mini stadium sehingga menjurus kepada kejadian malang terbabit,” kata Setiausaha MDSA, Jack Aman Luat menerusi sidang media di bilik persidangan MDSA hari ini.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kesal berhubung tindakan sesetengah pihak media yang bertindak menghasilkan berita tanpa merujuk fakta sahih daripada pihak tertuduh (MDSA) dalam kes kemalangan ini.

“Wartawan bertanggungjawab melaporkan berita berdasarkan fakta dan bukannya secara ‘hear say’ kerana ianya boleh menimbulkan imej tidak elok terhadap pihak majlis berhubung laporan itu.

“Lagipun laporan awal mengenai kes kemalangan terbabit sebelum ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pihak agresif untuk mengambil kesempatan berhubung perkara ini,” menurut beliau.

Justeru Jack berharap agar pihak media untuk lebih bertanggungjawab ketika menghasilkan berita selepas ini disamping bekerjasama dengan pihaknya untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan mereka terhadap orang ramai di bandar ini.

Kes kematian kanak-kanak lelaki terbabit telah mendapat liputan secara meluas oleh akhbar berbahasa Mandarin dalam bandar ini apabilanya berlakunya kejadian kemalangan terbabit.

Bagaimanapun akhbar berbahasa Malaysia di dalam bandar ini mengambil tindakan untuk tidak memaparkan berita mengenai kejadian tersebut kerana tidak memperoleh fakta rasmi berhubung kejadian sebenar kemalangan berkenaan.

Tamat.

2 comments:

  1. patut saman jak MDSA ya..hentam lah juta-juta...cuai, kurang maintenance...kelak dapat pengajaran..

    ReplyDelete
  2. MDSA ni ada duit. Cikai. hahahaha.

    ReplyDelete