Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 July, 2009

Ubah pemikiran kalau mahu maju kata Rayong


Caption: SIMBOLIK...Rayong (enam kiri) bersama Nyalau (empat kanan) diberi penghormatan merasmikan projek pembinaan parit rumah panjang Naga, Rasau dalam majlis itu.

oleh Edwin Raoh (Utusan Borneo cawangan Sri Aman)

ENGKILILI, Khamis (23 Julai) – Penduduk di kawasan luar bandar perlu mengubah gaya pemikiran masing-masing sekirangnya mahu mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa berkata, kemajuan pesat yang dialami oleh Sarawak pada masa kini menuntut semua penduduk termasuk mereka yang menetap di kawasan luar bandar untuk berbuat demikian.

“Penduduk luar bandar perlu keluar dari kekangan minda mereka kerana kepesatan pembanguan negeri menawarkan banyak peluang menarik untuk diceburi oleh penduduk luar bandar pada masa sekarang.

“Jangan hanya bergantung kepada aktiviti ekonomi bercorak sara diri lagi pada masa sekarang kerana kemajuan negeri kita mampu menawarkan ‘pakej’ peningkatan ekonomi keluarga yang lebih baik berbanding itu misalannya seperti projek pertanian komersial,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak anjuran JASA N.29 Batang Ai di Rumah Panjang Naga Rasau, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Dengan mengubah corak pemikiran masing-masing, penduduk di kawasan luar bandar kata beliau tidak akan ketinggalan dari segi arus permodenan negeri berbanding dengan penduduk yang menetap di bandar.

“Sayugia diingatkan bahawa gaya hidup pada zaman sekarang tidak sama dengan gaya hidup pada era nenek moyang kita dahulu.

“Zaman kini berubah. Malaysia khususnya negeri kita Sarawak sedang melangkah masuk ke era globalisasi yang menuntut semua penduduknya untuk bersedia menghadapi perubahan terutamanya dari segi peningkatan taraf hidup,” kata beliau.

Justeru beliau menasihatkan penduduk di kawasan luar bandar untuk mencuba pelbagai bidang baru yang dipercayai mampu menyumbang kepada peningkatan taraf hidup mereka di negeri ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, pemangku Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu, Dennis Tandat, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman Shyennier Jean Serit, Pembantu Luar Kanan JASA N. 28 Engkilili, Edwin Ancheh dan para ketua kaum dari sekitar daerah Lubok Antu.


Tamat.....




No comments:

Post a Comment