Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 July, 2009

Tr penyampai maklumat kerajaan - Snowdan


Caption: KENANGAN...Snowdan (kanan) menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Tr Ukat (kiri) sambil disaksikan oleh para tetamu undangan ketika berlangsungnya majli semalam.

PANTU, Jumaat (3 Julai) – Ketua kaum terutamanya Tuai Rumah atau Ketua Kampung berperanan penting dalam menyampaikan dasar pembangunan kerajaan di kawasan pentadbiran masing-masing kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

Menurut beliau, selain Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Tuai Rumah juga turut berfungsi sebagai ‘lidah kerajaan’ dalam menerangkan pelan dan polisi pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) di setiap kawasan masing-masing dalam negeri ini.

“Dengan berbuat demikian, rakyat dari kawasan luar bandar khasnya ini akan mudah bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk memperhebatkan lagi projek pembangunan dari segenap segi dalam kawasan mereka.

“Justeru adalah amat penting setiap Tuai Rumah untuk melaksanakan tanggungjawab terbabit dari masa ke semasa kerana kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk menjayakan sesebuah projek pembangunan terbabit,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang 2009 bertempat di Rumah Ukat, Jaong Strap anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman semalam.

Bagaimanapun beliau menerusi ucapannya berharap agar Tuai Rumah tidak menyampaikan dasar pembangunan yang salah terhadap rakyat di bawah pentadbiran masing-masing.

Malahan Tuai Rumah juga kata Snowdan perlu menyampaikan berita yang betul kepada rakyat masing-masing dan bukannya berita kurang tepat sehingga boleh menimbulkan kekeliruan mereka terutamanya terhadap dasar pemerintahan kerajaan BN.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya sesetengah pihak yang cuba memanipulasi Tuai Rumah supaya menyampaikan berita berbaur hasutan mengenai kerajaan terhadap rakyat di bawah pegangan masing-masing.

“Tuai Rumah sepatutnya sedar bahawa mereka berkhidmat untuk kerajaan selama ini. Jadi jalankan tanggungjawab untuk menyampaikan berita dan polisi pembangunan kerajaan yang betul dan bukannya berita palsu daripada pihak tertentu,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Charles Sigat Ason, Pegawai JASAbagi Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Jurutera Jabatan Kerja Raya Sri Aman, Oliver Ngabong, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Pantu, Edward Micheal Duke, para pegawai kerajaan dan ketua kaum sekitar daerah ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment