Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 July, 2009

'Tagang'kan sungai demi kebaikan semua - Harden


Caption: RASMI...Harden (kanan) sedang merasmikan simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh Masir (kiri) ketika berlangsungnya majlis semalam. Foto: ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Isnin (13 Julai) - Penduduk diminta untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi mengurus serta mengawal persekitaran sungai demi memulihara semua jenis tumbuhan dan hidupan akuatik dalam sungai terbabit, demikian kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Penggunaan bom, bahan kimia, tuba dan renjatan elektrik yang sering diamalkan secara haram oleh penduduk bagi tujuan menangkap ikan di sesebuah sungai menurut beliau telah mengancam hidupan akuatik seperti ikan, amphibia, reptilia, plankton dan tumbuhan dalam sungai itu.

“Justeru program Tagang ini diperkenalkan agar hidupan akuatik dan tumbuh-tumbuhan sungai terus terpelihara yang secara tidak langsung terus memberi faedah terhadap generasi kita di masa yang akan datang,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Tagang 2009 bertempat di Sungai Batang Undop, Batu Lintang, Sri Aman kelmarin.

Sementara itu Harden juga turut menyeru para penduduk agar memupuk sifat kesedaran dalam diri-diri masing terutamanya tentang perkara yang berkait rapat dengan hal pencegahan pencemaran sungai demi kebaikan diri mereka sendiri.

“Orang ramai pada masa kini perlu sedar akan betapa pentingnya sungai terhadap bagi tujuan keperluan asas penduduk disamping lain-lain kepentingan yang mendatangkan faedah kepada kehidupan penduduk tempatan di negara ini” katanya.

Justeru Harden berharap agar penduduk tempatan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjaga serta menguruskan sungai dengan lebih baik demi mengelak pencemaran.

Ahli Parlimen, Masir Kujat yang hadir dalam program tagang berkenaan telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada dua buah rumah panjang yang terlibat dalam projek berkenaan manakala Harden pula mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 bagi tahun 2010.

Tagang adalah merupakan sebuah program perkongsian pintar di antara jabatan pertanian dan penduduk tempatan dalam usaha untuk mengawal, melindungi, memulihara dan mengurus sesebuah kawasan sungai termasuk tumbuhan akuatik.

Tamat.

No comments:

Post a Comment