Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 July, 2009

SMK Simanggang tempa sejarah! - Indi juara Pertandingan Sampi / Biau 2009 Peringkat Zon A




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Walter Lamat (tengah) sedang bergambar kenangan bersama sang juara iaitu Indin (tiga kanan), naib juara Gilbert Dato (dua kiri), pemenang tempat ke-3 iaitu Jantan (dua kanan) sebaik sahaja tamat majlis hari ini.Turut kelihatan ialah Philip Singkek (kiri sekali) dan Francis Mancha (kanan sekali).

2.BERENTAP...Seorang peserta bersama dua pembantu sedang mempersembahkan upacara Bersampi atau Bebiau ketika berlangsungnya pertandingan tersebut hari ini.

SRI AMAN, Selasa (21 Julai) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang menempa sejarah apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Sampi / Biau 2009 Peringkat Zon A anjuran Jabatan Pelajaran Sarawak Bahagian Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

SMK Simanggang menempa sejarah menerusi pesertanya iaitu Wilson Indin Belayong menewaskan saingan para peserta dari 16 buah sekolah menengah dalam Zon A (Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong) menerusi pertandingan yang julungkali diadakan di negeri ini.

Dengan kemenangan ini beliau yang berjaya menambat hati tiga orang hakim pertandingan menerusi segi pembawaan tema, keaslian teks, gaya persembahan, kelancaran sebutan, rentak sebutan dan bahasa itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300.

Naib johan iaitu Gilbert Dato Adam dari SMK Saratok dan pemenang tempat ke-3 Billy Jantan Jugah dari SMK Engkilili masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap seorang pada pertandingan tersebut.

Enam orang peserta dalam pertandingan ini turut membawa pulang wang saguhati bernilai RM50 seorang iaitu Nicholas Rengkin (SMK Kubok Antu), Mathew Igoh (SMK Ulu Layar), Presley Nyaleh Chan (SMK Balai Ringin), Slyvester Douglas (SMK Melugu), Paulyncia Hilder Jelumi (SMK Saribas) dan Mac-Hans Agon (SMK Sebuyau).

Kesemua hadiah berupa wang tunai dan saguhati ini disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai sambil disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Philip Singkek dan Penyelia Bahasa Iban, Sektor Pengurusan Akademi Jabatan Pelajaran Sarawak, Francis Mancha.

Wilson Indin Belayong, Gilbert Dato Adam dan Billy Jantan Jugah secara automatiknya terpilih mewakili Zon A untuk bersaing dengan wakil peserta dari Zon B dan C ke Pertandingan Sampi / Biau 2009 Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Kuching dalam bulan Ogos ini.

Terdahulu sejumlah 17 buah sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan ini iaitu SMK Engkilili, SMK Sebuyau, SMK Tun Abdul Razak, SMK BM Saratok, SMK Simanggang, SMK Spaoh, SMK Ulu Layar, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK Saint Augustine, SMK Lubok Antu, SMK Saint Luke, SMK Muara Tuang, SMK Balai Ringin, SMK Saratok, SMK Sri Aman, SMK Melugu dan SMK Saribas.

Seramai 208 orang pelajar dari 21 buah sekolah menengah dalam Zon A hadir bagi menyaksikan Pertandingan Sampi / Biau 2009 yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12.45 tengahari itu.

Tamat.

1 comment: