Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2009

SKY cakap tak serupa bikin - sarawakupdate.com.my

SRI AMAN, Selasa (7 Julai) – Laman web Sarawakupdate.com.my semalam telah menegur tindakan mantan Ahli Parlimen (MP) Bandar Kuching iaitu Sim Kwang Yang berhubung komennya mengenai Konsep 1 Malaysia pada laman web portal Malaysiakini.com sebelum ini.

Sim yang pernah berkhidmat sebagai MP Bandar Kuching dari tahun 1982 hingga 1995 menerusi komennya di laman web Malaysiakini.com menyatakan bahawa konsep 1 Malaysia sebenarnya sudah lama wujud di Sarawak dan bukannya sepertimana yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa sekarang.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa ‘1 Malaysia’ sudah lama wujud di negeri ini. Bagaimanapun Sim tidak seharusnya menyindir Najib dengan memberikan komen sedemikian rupa di Malaysiakini.com.

“Adakah beliau pernah mengamalkan konsep terbabit ketika bernaung di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama para pemimpin pembangkang yang lain dahulu? Jawapannya adalah tidak,” menurut beliau.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu, pihak pembangkang di negeri ini menurut beliau pada waktu dulu sering mengambil peluang menjatuhkan ‘rakan perjuangan’ masing-masing.

Keadaan terbabit menurut beliau tidak jauh bezanya berbanding masa sekarang apabila wujudnya kemelut politik dalam Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Sarawak sehingga menjurus kepada perlantikkan Mustaffa Kamil Ayob dari Perak oleh pemimpin de facto pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua baru PKR Sarawak.

Lagipun kemelut politik pembangkang di negeri ini menurut beliau dahulu telah menyebabkan wujudnya hubungan renggang di antara beliau terhadap Chong Siew Chiang (ayah kepada MP Bandar Kuching sekarang iaitu Chong Chien Jien) sehingga sekarang

“Setelah ditendang keluar dari DAP, Sim bersama Dominique Ng, Wong Huan Yu dan See Chee How kemudiannya menyertai PKR. Ini membuktikan ‘1 Malaysia’ yang dianggap sudah lama wujud di Sarawak gagal diamalkan oleh golongan terbabit.

“Jadi Sim dan rakan-rakannya harus mengambil ikhtibar di atas peranan Najib dengan memperkenalkan Konsep 1 Malaysia kerana ianya adalah lebih baik daripada memberikan komen dan seterusnya menyindir Perdana Menteri kita berhubung pengenalan konsep terbabit sekarang,” katanya.

Ulasan lanjut Hakim menerusi komen Sim Kwang Yang berhubung komen terbabit masih boleh di dapati menerusi laman web yang mula menarik perhatian pengguna internet pada masa kini iaitu sarawakupdate.com.my.

Tamat.


No comments:

Post a Comment