Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2009

SK Lela Pahlawan, Lingga anjur majlis sambut guru baru




Caption:
1.MENARIK..Para murid SK Lela Pahlawan sedang mempersembahkan acara Pakaian Beragam ketika berlangsungnya majlis semalam.

2.NYANYIAN...Para guru SK Lela Pahlawan sedang menyampaikan lagu untuk memeriahkan lagi suasana majlis di sekolah terbabit semalam.
LINGGA, Jumaat (10 Julai) - Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan, Lingga semalam telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan guru-guru yang telah berpindah mengikut kepentingan perkhidmatan masing-masing.

Majlis yang telah dirasmikan oleh guru besarnya iaitu Ahamad bin Brahim bertujuan untuk menghargai sumbangan para guru yang telah menabur bakti kepada SK Lela Pahlawan, Lingga sebelum ini.

Disamping itu majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan tali siratulrahim dikalangan para kakitangan sekolah terbabit dengan guru yang baru sahaja memulakan tugas mereka di sekolah terbabit.

“Sumbangan guru lama yang telah menumpahkan khidmat bakti mereka terhadap anak-anak didik sekolah ini tidak harus dilupakan buat selama-lamanya walaupun mereka telah bertugas tempat ke sekolah lain.

“Justeru menerusi majlis ini, pihak SK Lela Pahlawan telah meraikan semua barisan warga pendidik ini sebagai tanda penghargaan pihak sekolah terhadap jasa yang disumbangkan oleh mereka terhadap murid di sekolah kita,” menurut Ahmad menerusi ucapan beliau pada majlis terbabit.

Selain itu beliau menerusi ucapannya juga mengingatkan para guru sekolah terbabit agar menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak kerajaan dengan penuh komited.

“Ini penting agar prestasi akademik murid-murid SK Lela Pahlawan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa...justeru adalah amat penting untuk semua guru melaksanakan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab,” katanya.

Majlis tersebut telah diserikan dengan persembahan Pakaian Beragam oleh murid Pra Sekolah, Tarian Kanak-kanak oleh murid Tahap 1 dan persembahan lagu Koir berjudul ”Terima Kasih Cikgu” oleh murid Tahap 2 sekolah berkenaan.

Acara bertukar-tukar hadiah juga turut diadakan bagi mewujudkan hubungan kemesraan yang kukuh dikalangan guru, kakitangan sekolah dan murid-murid sebelum majlis diakhiri dengan majlis jamuan makan.
Tamat.


No comments:

Post a Comment