Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2009

Saudi johan Pertandingan Memancing sempena Pesta Ikan Bulu 2009


Caption: CUBA NASIB...Seorang peserta sedang menguji kemahiran memancing ikan ketika berlangsungnya Pertandingan Memancing Ikan bersempena Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (24 Julai) – Saudi bin Bujang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Memancing yang diadakan bersempena Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 bertempat di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Saudi muncul johan setelah berjaya memperoleh sejumlah 440 gram tangkapan ikan dan hidupan sungai berkenaan menerusi acara yang bermula di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Dengan kemenangan itu, pertandingan yang dihakimi oleh Wan Hanapi bin Haji Sahfiee, Latifah binti Mantali dan Hasmina binti Norizan telah membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100.

Manakala itu kedudukan naib johan bagi Pertandingan Memancing ini disandang oleh Basri setelah berjaya memperoleh sebanyak 240 gram tangkapan ikan dan hasil sungai yang lain.

Yusuf bin Bujang pula berjaya memenangi kedudukan tempat ke-3 dalam Pertandingan Memancing ini setelah berjaya memperoleh sebanyak 140 gram tangkapan ikan dan hasil sungai yang lain.

Kemenangan ini membolehkan Basri dan Yusuf Bujang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM75 dan RM50 untuk setiap seorang. Dua orang lagi peserta iaitu Sab Enfasin dan Spearian Ahmad pula mendapat hadiah wang saguhati sebanyak RM20 seorang.

Hadiah berupa wang tunai kepada para pemenang Pertandingan Memancing bersempena sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman ini telah disampaikan oleh Pengerusi Penaja Kawasan Rukun Tetangga Kampung Muhibbah iaitu Latifah Mantali.

Seramai 37 orang peserta dari kawasan bandar Sri Aman mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing bersempena dengan sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment