Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 July, 2009

Rakyat perlu aktif bersukan - Nyalau


Caption: UNTUK ALBUM.......Nyallau (lima kanan) bersama pasukan Bukit Jalil (jersi hitam) dan PDRM Engkilili (jersi merah) dalam perlawanan pembukaan bola sepak bagi merebut Piala William Nyalau.

ENGKILILI, Jumaat (3 Julai) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyallau anak Badak menyeru semua golongan penduduk tempatan di daerah ini agar bergiat lebih aktif dalam pelbagai aktiviti sukan demi mempertingkat taraf kesihatan dalam diri masing-masing.

Menurut beliau, pembabitan penduduk tempatan dalam setiap aktiviti sukan amat perlu memandangkan faktor kesihatan mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti dalam melakukan kerja seharian masing-masing.

Beliau berkata, bersukan seperti bermain bolasepak, badminton, senamrobik dan apa sahaja aktiviti yang mampu menyihatkan tubuh adalah amat penting untuk memastikan kualiti kerja dalam diri masing-masing sentiasa terpelihara.

“Amalan bersukan seperti ini amat bersesuaian sekali untuk mereka yang bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan mahupun swasta demi membolehkan sentiasa cergas semasa melaksanakan tugas setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala YB William Nyallau Badak anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Dearah Kecil Engkilili di padang Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Engkilili, baru-baru ini.

Selain itu katanya, pembabitan para kakitangan kerajaan dan swasta dalam pelbagai aktiviti sukan akan mampu menarik perhatian lebih ramai lagi golongan penduduk awam yang tinggal di kawasan luar bandar dalam daerah ini.

Malah kata Nyallau, ia secara tidak langsung akan memupuk minat untuk bersukan dikalangan penduduk awam kawasan luar bandar terutamanya mereka yang sedang menetap di rumah panjang.

“Pembabitan para kakitangan kerajaan dan swasta dalam pelbagai aktiviti sukan mampu menarik minat penyertaan lebih ramai penduduk rumah panjang di kawasan luar bandar apabila aktiviti berkenaan diperkenalkan oleh mereka.

Justeru, beliau berharap agar kesemua golongan penduduk memberikan respon serta menyertai pelbagai kegiatan fizikal dan rekreasi ke arah mewujudkan sebuah negara yang mempunyai golongan penduduk sihat di masa akan datang.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Parlimen Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman Shyennier Jean Sherit dan ketua-ketua masyarakat sekitar Engkilili.

Sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang diadakan secara liga.

Juara akan menerima wang tunai RM500 sert piala pusingan, naib juara RM350 dan ketiga RM300 serta saguhati RM200 setiap pasukan yang mengambil bahagian.

Dalam majlis perlawanan pembukaan itu pasukan Bukit Jalil FC menang bergaya apabila berjaya menewaskan PDRM Engkilili 6-1.

Tamat....


No comments:

Post a Comment