Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2009

Polis Lubok Antu cari saksi kes pembunuhan




Mugshot:

1. SYAWAL BIN KAMAL

2. BONI BIN TANI

SRI AMAN, Jumaat (17 Julai) - Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu meminta kerjasama daripada orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai kedudukan dua orang saksi berhubung satu kes bunuh yang berlaku di Lubok Antu pada tahun 2007 dahulu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superitenden Police (DSP) George Merejok menerusi kenyataannya hari ini memberitahu bahawa, dua orang saksi yang dikehendaki oleh pihak polis berhubung kes bunuh berkenaan adalah Boni bin Tani dan Syawal bin Kamal.

“Alamat terakhir kedua-dua orang saksi dalam kes kejadian bunuh berkenaan iaitu Boni bin Tani dan Syawal bin Kamal yang diketahui oleh pihak polis sebelum ini adalah D/A Chai Ko Jong, Nanga Telinting, Lubok Antu.

“Justeru pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada IPD Lubok Antu di talian telefon 083-563019 atau saya sendiri menerusi talian telefon 013-8111578 jika mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini kedua-dua orang saksi berkenaan,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian yang berlaku pada 8 Oktober 2007 seorang pembeli getah berketurunan Cina dipercayai mati dipercayai berpunca dari kecederaan parah di bahagian leher kirinya setelah bergelut dengan seorang saspek lelaki dari negara jiran di ladang getah dalam kawasan Batang Ai, Lubok Antu.

Mangsa yang dikenali sebagai Chai Ko Jong, 65, dipercayai masih mampu memandu kenderaan pacuan empat rodanya dari kawasan kejadian sebelum terbabas di kawasan jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Ai.

Atas sebab kecederaan teruk pada bahagian leher, Chai kemudiannya dipercayai mati ketika para penduduk tempatan cuba menghantarnya ke hospital bagi tujuan rawatan lanjut.

Kedua-dua saksi yang dikehendaki oleh polis ketika berlakunya kejadian bunuh berkenaan adalah merupakan pekerja kepada mangsa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment