Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2009

Pengundi DUN Batang Ai lebih mulia dari Hadi Awang

SRI AMAN, Jumaat (24 Julai) – Para pengundi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Batang Ai adalah lebih mulia daripada Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu Datuk Seri Hadi Awang menurut Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang anak Gandum.

Terdahulu Hadi menerusi kenyataannya di laman web malaysiakini.com pada 11 Julai lalu berkata kekalahan pembangkang di pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada 7 April lepas adalah disebabkan oleh para pengundinya yang tidak reti undi dan masih memakai cawat.

“Jikalau pun mereka masih memakai cawat; walaupun zahirnya tidak lagi namun mereka ini (pengundi DUN Batang Ai) adalah jauh lebih mulia daripada beliau (Hadi) yang sepatutnya sebagai seorang pemimpin agama dalam parti PAS.

“Pengundi DUN Batang Ai tidak menghina atau membenci orang lain juga tidak mengatakan yang buruk mengenai pihak lain,” katanya ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan tersebut di laman web sarawakupdate.com.my hari ini.

Selain itu Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan berkata Hadi Awang telah bertindak ‘menyelubungi dirinya dalam kemuliaan’ dan lupa tentang perkara dunia.

Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin PAS tersebut lupa terhadap rakyat yang sebenarnya memandangkan beliau selama ini hanya pandai bercakap dengan Tuhan.
“Kenyataan Hadi Awang itu buka sahaja menghina malahan telah mencerminkan sikap sebenar seorang pemimpin PAS yang benar-benar angkuh.

“Dia menunjukkan kepada dunia bahawa dia seorang yang mulia dan apa sahaja yang dia katakan adalah daripada Tuhan atau mungkin dia fikir kata-katanya juga datang daripada Tuhan...sehubungan itu rakyat perlu lebih berhati-hati tentang terhadap perkara yang dia luahkan,” katanya.
Salang juga menambah bahawa kekalahan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Batang Ai pada pilihan raya kecil lalu adalah disebabkan oleh rakyat yang masih bergantung kepada Barisan Nasional (BN) bagi tujuan pembangunan.

Beliau dalam komennya menerusi laman web berkenaan tidak menyangka bahawa seorang pemimpin agama seperti Hadi Awang boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment