Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2009

Penduduk temuai rangka manusia di Bukit Sekunjang, Simunjan

This story was write out after fail to get a true reliable source from IPD Simunjan. So this story has been made according to people's account on that scene.

SIMUNJAN, Sabtu (4 Julai) – Penduduk dari kawasan Batang Ulu, daerah kecil Simunjan, Samarahan gempar berhubung penemuan rangka mayat manusia di kawasan Bukit Sekunjang dalam kawasan daerah itu lewat petang Khamis lalu.

Menurut sumber rangka mayat manusia terbabit dipercayai telah ditemui oleh seorang remaja yang secara kebetulannya hendak membuang air kecil di kawasan Bukit Sekunjang berkenaan pada waktu kejadian.

“Seorang remaja lelaki secara kebetulannya ternampak sebuah baldi ketika berhenti hendak membuang air kecilnya di kawasan Bukit Sekunjang, Sri Aman sebelum berlakunya peristiwa terbabit.

“Disebabkan oleh rasa ingin tahu, remaja tersebut kemudiannya menyiasat dan seterusnya menemui rangka mayat manusia (masih berpakaian) yang ditimpa oleh sebuah motorsikal tidak jauh dari lokasi kejadian terbabit,” kata sumber.

Remaja lelaki terbabit kemudiannya bertindak menghubungi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan berhubung penemuan rangka mayat manusia yang terletak tidak jauh dari simpang menuju masuk ke kawasan perkampungan Tekalong dan Mugah itu.

Pihak polis kemudiannya tiba di tempat kejadian dan seterusnya mengumpul semua rangka mayat manusia terbabit bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagaimanapun berdasarkan sumber dari tempat kejadian, rangka mayat manusia terbabit dipercayai berketurunan Cina dari kawasan Matang, Kuching berdasarkan kepada kad pengenalan yang didapati pada rangka mayat manusia terbabit.

“Duit mangsa bernilai lebih RM300 masih terdapat dalam dompet begitu juga dengan kad pengenalan dan gambar ahli keluarganya.

“Bagaimanapun berdasarkan kepada keterangan orang ramai dari kawasan itu didapati bahawa mangsa mungkin sudah meninggal dunia di kawasan berkenaan sebelum perayaan Gawai Dayak 2009 ini tadi (1 Jun),” katanya.

Sumber menambah bahawa mangsa mungkin mati di situ sebelum perayaan Gawai memandangkan terdapat sesetengah penduduk yang mengadu pernah tercium bau busuk di kawasan berkenaan menjelang perayaan utama kaum Dayak terbabit.

“Mereka ingatkan ianya adalah bau bangkai haiwan terutama sekali anjing. Bagaimanapun penemuan rangka mayat manusia di situ menyebabkan mereka terkejut kerana tidak menyangka bahawa bau terbabit datangnya dari mayat manusia itu sendiri,” kata sumber.

Pemberita bagaimanapun gagal mendapatkan keterangan lanjut daripada IPD Simunjan berhubung kejadian penemuan rangka mayat manusia terbabit semalam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment