Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2009

Pendedahan untuk pemimpin dan ahli SUPP menerusi akademi Sa'ati - Dr Chan




Caption:

1.UNTUK PARTI...Dr Chan sambil disaksikan ahli majlis tertinggi parti sedang menaikkan bendera SUPP ketika berlangsungnya upacara nyanyian lagu parti terbabit di majlis berkenaan malam tadi.

2.RASMI...Dr Chan (lima kanan) dan Harden (kanan beliau) bersama ahli majlis tertinggi SUPP dan tetamu undangan kehormat majlis sedang menunjukkan tanda bagus ketika pelancaran Buku Direcktori SUPP cawangan Simanggang malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (7 Julai) – Kerjasama di antara pemimpin dan ahli Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di semua peringkat cawangan amat diperlukan demi memperkuat organisasi pentadbiran serta pengurusan parti dari masa ke semasa demikian menurut presidennya Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, organisasi pentadbiran dan pengurusan SUPP di semua peringkat cawangan harus diperkuat agar rakyat sentiasa mendapat manfaat dari rancangan pembangunan kerajaan di negeri ini.

“Lagipun pihak parti pusat menerusi Akademi Sa’ati telah menyusun pelbagai program latihan untuk mendedahkan para pemimpin serta ahli dalam SUPP tentang hal pengurusan dan pentadbiran.

“Kita mahu pemimpin dan ahli parti menerusi Akademi Sa’Ati ini lebih memahami kehendak rakyat yang kian komples terutamanya dari segi pembangunan kemudahan infrastruktur, pendidikan, keselamatan, sosialiti dan ekonomi di kawasan masing-masing,” katanya.

Dr Chan menambah para pemimpin dan ahli SUPP akan lebih cekap memastikan rancangan pembangunan kerajaan sampai kepada rakyat setelah menerima pendedahan dalam Akademi Sa’ati itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam bersempena dengan Ulangtahun Ke-50 Penubuhan Parti SUPP cawangan Lingga dan Simanggang bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu dasar perjuangan SUPP untuk memelihara hak rakyat berbilang kaum sebelum ini menurut Dr Chan telah menjadikan SUPP sebagai salah sebuah komponen parti Barisan Nasional (BN) yang terus kukuh pada masa sekarang.

“Bagaimanapun kita akan terus berjuang untuk membawa rakyat ke tahap lebih maju menjelang Wawasan 2020 kelak walaupun menempuhi banyak cabaran semenjak penubuhan parti ini kira-kira 50 tahun yang lalu.

“Sebagai parti yang mempunyai 43 cawangan dalam negeri ini, kita akan terus berusaha untuk mempertingkatkan pembangunan tenaga manusia dalam parti demi mengatasi segala cabaran untuk pembangunan hidup rakyat dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Kesihatan Awang, Datuk David Teng, Menteri Muda Perumahan, Datuk Dr Soon Choon Teck, para wakil rakyat BN, pemimpin parti peringkat cawangan dan pegawai kerajaan di daerah ini.

Majlis pada malam itu diserikan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian lagu karaoke, penyampaian cenderamata kepada ahli veteran SUPP Simanggang, pelancaran Buku Direcktori SUPP cawangan Simanggang, majlis angkat sumpah bagi Ahli Jawatankuasa baru SUPP cawangan Simanggang dan Lingga.

Tamat.



No comments:

Post a Comment