Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2009

Operasi mahkamah bergerak di Lubok Antu berjaya


Caption: TURUN PADANG…Nyalau (dua kanan) dan Rayong (empat kanan) bersama dengan Josephine (tiga kanan) semasa meninjau operasi itu di SK Skim Skrang baru-baru ini.

LUBOK ANTU, Sabtu (18 Julai) – Operasi lawatan mahkamah bergerak yang menjadikan tiga buah sekolah dalam kawasan daerah Lubok Antu sebagai pusat operasinya baru-baru ini telah berjaya mendaftarkan 88 orang pemohon bagi pendaftaran lewat kelahiran, 19 untuk pendaftaran lewat kad pengenalan, 200 surat sumpah dan satu pendaftaran kelahiran.

Operasi yang melibatkan beberapa buah jabatan kerajaan dari sekitar Sri Aman dan Lubok Antu ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) SK Nanga Menyebat, SK Nanga Kesit dan SK Skim Skrang.

Menurut Jurubahasa Mahkamah / Pesuruhjaya Sumpah iaitu Josephine Thomas berkata operasi yang diketuai oleh Majistret Sri Aman iaitu Zulhairil Sulaiman sambil oleh beliau sendiri dan Mekrin Augustine (jurubahasa) ternyata mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk tempatan.

“Operasi lawatan mahkamah bergerak ini nyata mendapat sambutan memberansangkan apabila terdapat penduduk dari luar kawasan daerah Lubok Antu yang datang untuk mendapatkan khidmat terbabit di ketiga-tiga buah pusat operasi ini.

“Malahan operasi ini juga memberi pendedahan yang amat baik untuk para pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman kerana bengkel interaktif yang dikendalikan oleh Majistret Sri Aman iaitu Zulhairi berupaya membuka minda golongan berkenaan,” katanya.

Justeru pihaknya berharap agar penduduk berpuashati terhadap perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak mereka kepada penduduk ketika berlangsungnya Operasi lawatan mahkamah bergerak terbabit.

Operasi yang sama dijangka berlangsung di Nanga Entalau, Ulu Uyau dan Kompleks Sukan Lubok Antu bermula 17 Ogos hingga 21 Ogos ini nanti.

Ahli Parliman Lubok Antu, William Nyalau anak Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa telah turun padang untuk meninjau operasi yang diadakan selama hari itu.

Operasi lawatan mahkamah bergerak ini turut dijayakan dengan penglibatan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara, yang diketuai oleh Haji Zakaria sambil dibantu oleh lapan orang kakitangan yang lain.

Cawangan Pendakwaan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sri Aman Sri Aman yang diketuai oleh Sarjan Philip Aron dan dua orang anggota serta ketua eskot daripada IPD Lubok Antu iaitu Koperal Litai bersama empat anggotanya turut hadir ketika berlangsungnya operasi berkenaan.

Tamat….






No comments:

Post a Comment