Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2009

Nyalau - Pakatan Rakyat mula goyah

Caption: HE HE HE…..Nyallau (dua kanan), Mussen (tiga kanan) dan Dr Rayong (lima kanan) semasa tiba dalam majlis itu.
by Edwin Raoh

ENGKILILI, Isnin (5 Julai) – Sikap suka ‘memperkudakan’ pihak di antara satu sama yang lain akhirnya membawa padah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan Parti Tindakan Demoktarik (DAP) Kedah yang telah menarik diri daripada PR pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang memerintah negeri itu pada masa sekarang dengan alasan bahawa kepimpinan PAS tidak sensitif dan gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Parti dalam gabungan kerajaan PR menurut beliau bersikap demikian kerana lebih mengutamakan kepentingan parti sendiri sehingga menimbulkan keretakan dalam hubungan pakatan parti pembangkang itu sendiri.

“Setiap parti (pembangkang) dalam PR ternyata mempunyai perjuangan ideologi politik yang tidak sehaluan berdasarkan kepada keretakan yang berlaku dalam komponen parti itu sendiri.

“Justeru saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang menyokong PR sebelum ini untuk balik ke semula ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana gagal untuk membuktikan kekuatan pakatan mereka berdasarkan sebab tersebut,” kata Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Ngiling Bidai Gawai Dayak anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Enteban, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu menurut Nyalau PR tidak akan bertahan lama dalam membentuk kerajaan di negeri yang mereka tadbir memandangkan hal kepentingan parti adalah lebih penting berbanding hal kebajikan rakyat.

“Jadi tiada gunanya rakyat khususnya dari kawasan pedalaman negeri ini untuk cuba berjuang bersama mereka kerana ada banyak perkara yang boleh mereka lakukan antaranya ialah bekerjasama dengan BN untuk memajukan kawasan masing-masing,” katanya.

Hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa, ADUN Batang Ai Malcom Mussen anak Lamoh dan para ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada SK Nanga Enteban manakala Rayong dan Mussen pula masing-masing turut mengumumkan peruntukkan bernilai RM3,000 kepada sekolah terbabit.

Tamat….

No comments:

Post a Comment