Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2009

Mayat lelaki mati eksiden minta di cam.




Caption: GAMBAR menunjukkan petunjuk penting terutama tatoo dan wajah mayat lelaki terbabit bagi tujuan kenalpasti identiti mayat berkenaan.

SRI AMAN, Khamis (9 Julai) – Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengenalpasti mayat seorang lelaki yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 18, Jalan Sri Aman / Kuching sekitar 9.15 malam pada 3 Julai lalu.

Lelaki terbabit dipercayai mati serta merta di tempat kejadian apabila motorsikal yang dinaiki oleh mangsa bersama seorang lagi rakan lelakinya dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis Toyora dari arah belakang.

Bagaimanapun rakan kepada mangsa dipercayai melarikan diri serta-merta dari tempat kejadian kemalangan terbabit sebaik sahaja berlaku kemalangan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, mayat mangsa yang tidak diketahui identiti sebenarnya itu mempunyai ukuran ketinggian lima kaki dan mempunyai tatoo bunga Naga di kedua-dua bahagian bahu tangan.

Mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian kemalangan jalan raya sekitar kawasan Melugu ini menurut kenyataan terbabit mempunyai rambut panjang yang berwarna hitam dan tidak mempunyai tanda suntikan BCG di kawasan kedua-dua bahu tangannya.

“Justeru kita meminta kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat kepada pihak polis sekiranya mereka mengecam atau mengenalpasti petunjuk yang diberikan oleh kita kepada mereka,” menurut kenyataan terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung identiti mayat lelaki terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sri Aman iaitu Sub Inpektor Ajin atau Sarjan Sen anak Sepi di talian 019-8860211.

Tamat.

No comments:

Post a Comment