Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 July, 2009

Kerajaan prihatin kebajikan kakitangan kerajaan - Taib

Caption: TAHNIAH...Taib sedang menyemat Pingat Perkhidmatan Setia kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Wilson ketika berlangsungnya majlis hari ini.

BETONG, Khamis (2 Julai) – Kerajaan Negeri telah melaksanakan peningkatan jumlah Pemberian Gantian Cuti Rehat (Golden Handshake) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri yang bertaraf tetap dan sementara kata Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Pemberian Gantian Cuti rehat yang sebelum ini diperuntukkan sebanyak 120 hari sebelum ini dan 150 hari pada waktu sekarang menurut beliau bertujuan untuk menjaga keperluan kebajikan kakitangan kerajaan dari masa ke semasa.

“Kerajaan Negeri juga telah menaikkan bantuan rawatan hemodialisis dari RM1,000 sebulan kepada RM3,500 sebulan terhadap pegawai dan pesara serta keluarga mereka yang mengalami masalah kegagalan fungsi buah pinggang.

“Dengan adanya peruntukkan Golden Handshake dan bantuan rawatan hemodialisis ini, maka pihak kita berharap agar amalan antara pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat diseragamkan selepas ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar peruntukkan Golden Handshake dan bantuan rawatan hemodialisis ini dapat mengalakkan para penjawat awam untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan yang menjurus ke arah kecemerlangan dalam konteks yang holistik.

Taib berkata demikian menerusi ucapannya di buku perutusan bagi Majlis Penyampaian Pingkat Perkhidmatan Setia 2009 yang berlangsung Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong hari ini.

Selain itu beliau juga menuntut semua pihak agar lebih cekal dalam menghadapi setiap cabaran yang mereka lalui menerusi penghayatan terhadap konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Walaupun berbeza pandangan, rakyat berbilang kaum menurut Taib harus bersatu-padu di bawah konsep ini untuk mengejar arus pembangunan dan diimpikan oleh semua pihak termasuk para pemimpin di masa akan datang.

“Justeru saya meminta kakitangan kerajaan termasuk para pesara untuk memahami dan menghayati konsep ini dengan jelas agar mesej yang dibawa menerusi konsep 1 Malaysia dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu Taib pada majlis itu telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Khidmat Setia 2009 kepada 355 orang penerima dari sembilan buah jabatan kerajaan bermula jam 10.30 pagi hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah anak Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Wilson Baya Dandot, para wakil rakyat BN, pegawai tinggi kerajaan dan penerima pingat terbabit.

Abang Sulaihi bin Abang Latip merupakan penerima Pingat Perkhidmatan Setia yang paling lama berkhidmat setelah bekerja selama 39 tahun untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment