Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2009

Kembara TV3 sempena ulangtahun ke-25 di Sri Aman









Caption:

1. UNTUK KENANGAN...Felicia (kiri) menerima cenderatama daripada Sherina (kanan) sambil disaksikan oleh Rajali (tengah) ketika berlangsungnya kembara terbabit hari ini.

2. INGIN CUBA...Para personaliti, artis dan kakitangan TV3 sedang mengambil bahagian dalam persembahan kebudayaan yang diadakan bersempena dengan kembara terbabit.

3. GELAGAT...Wahed Senario (kanan) dan Izo (kiri) mencuba tarian Ngajat Iban sebaik sahaja tiba di padang lama KPSU Sri Aman untuk Kembara TV3 hari ini.

Originily written by Yanti Sham, penulis and Nur Kamariah Ensimau

SRI AMAN, Jumaat (24 Julai) – Sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 dimeriahkan lagi dengan penganjuran Kembara TV3 sempena ulangtahun ke-25 TV3 bertempat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman hari ini.

Kembara TV3 bersama Hotlink itu dijayakan menerusi kehadiran lebih 30 orang kakitangan, artis dan personaliti TV3 yang tiba di padang terbabit pada jam 2.30 petang dengan menggunakan dua buah bas sambil diiringi oleh konvoi kenderaan dari pelbagai kelab permotoran di Sri Aman.

Ketibaan komboi Kembara TV3 telah disambut dengan tarian tradisional kaum Iban serta upacara miring dan pada masa yang sama turut dihiburkan dengan tarian nopeng dan gendang Melayu Sarawak.

Artis dan personaliti TV3 turut tidak ketinggalan menari bersama-sama bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Sementara itu TV3 yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung TV3 ini telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

Bagi memeriahkan kehadiran Komboi Kembara TV3 bersama Hotlink pelbagai acara menarik diadakan seperti perlawanan Bola ‘Jabuh Kampung’ bersama orang ramai dan personaliti serta artis terkenal, tarik upih, sukaneka kanak-kanak, kaki tiga, ring ring, semakin jauh semakin sayang, batak lampung dan tarik tali.

Tidak ketinggalan menghangatkan lagi acara tersebut ialah persembahan nyanyian daripada kumpulan Sofaz.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Rajali Haji Mudin, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Desmond Douglas dan Felicia Tan, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin dan Pengurus Besar Pemasaran dan Segmentasi Maxis Communication Sendirian Berhad, Rozalila Abdul Rahman.

Kembara TV3 bersama Hotlink itu juga turut singgah ke Tapak Karnival Ikan Bulu 2009 bertempat di Pentas Utama Karnival, Tebingan Kuching Batang Lupar, Sri Aman.

Habis...

No comments:

Post a Comment