Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2009

kantoi akademik tak semestinya gagal dalam hidup - Nyalau


Caption: RASMINYA….Nyalau (tiga kanan) dan Datin Florine (empat kanan) memotong kuih sebagai tanda rasminya majlis itu.

by Edwin Raoh

LUBOK ANTU, Khamis (16 Julai) – Pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik tidak semestinya gagal dalam masa depan hidup masing-masing menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Para pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik ini sebaliknya menurut beliau mungkin mempunyai peluang lebih cerah untuk maju dalam hidup dengan pembabitan masing-masing dalam bidang pratikal.

“Anak-anak boleh memahirkan diri dalam bidang pratikal sekiranya kurang cemerlang dalam bidang akademik dengan menuntut di institusi yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Pusat Kemahiran Mara, ICat’s dan sebagainya.

“Justeru tiada sebab untuk ibubapa berasa putus asa apabila melihat anak-anak mereka gagal dalam bidang akademik memandangkan kecemerlangan masa depan mereka juga boleh dicapai dalam bidang pratikal,” katanya.

Nyalau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Merarau PIBG sempena Sambutan 50 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban di Dewan Datuk Dublin Unting anak Ingkot, Lubok Antu baru-baru ini.

Kejayaan anak-anak dalam bidang pratikal (binaan, automatif, perusahaan, perkhidmatan) menurut beliau secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk mencari pekerjaan menerusi Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) pada masa akan datang.

“Ibubapa terlebih dahulu harus merujuk atau menanyakan pendapat orang yang lebih berpengalaman tentang hala tuju hidup anak-anak dan bukannya membiarkan mereka tidak berbuat apa-apa tentang masa depan hidup masing-masing,” katanya.

Nyalau menerusi majlis itu telah menyampaikan cek RM3,000 kepada SK Melaban bagi tujuan pembelian alat pengepam air.

Turut hadir dalam majlis Pegawai Penerangan Parlimen jasa P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pemangku Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Lubok Antu Encik Denis Tandat dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Dalam majlis itu juga isteri kepada mendiang Datuk Dublin Unting anak Ingkot iaitu Datin Florine Moriah telah diberi penghormatan untuk merasmikan dewan yang diberi nama bersempena dengan Datuk Dublin sebagai mengingatkan perjuangannya sebagai pemimpin di negeri ini.


Tamat.....

No comments:

Post a Comment