Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 July, 2009

Jangan cuai dengan api - Nyalau


Caption: MANFAATKAN...Nyalau (kanan) sambil disaksikan oleh Rayong (tengah) sedang menyampaikan bantuan berupa bekalan beras kepada Tr Kilin bagi kegunaan mangsa kebakaran rumah panjang tersebut.


SRI AMAN, Selasa (28 Julai) - Penduduk dinasihatkan agar tidak cuai ketika menjalani kehidupan seharian ekoran daripada kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah panjang Buyong Panjai, Lidong dalam kawasan Skrang, Betong pada petang 26 Julai lalu menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Katanya, para penduduk perlu mengutamakan aspek keselamatan ketika ketika menjalani kehidupan seharian di kediaman masing-masing memandangkan kecuaian mampu mendatangkan malapetaka bukan sahaja terhadap diri mereka malah kepada para penghuni rumah yang lain.

“Para penghuni di rumah perlu sedar bahawa kecuaian dari segi aspek kebakaran mampu menyebabkan mereka kerugian harta benda mahupun nyawa terutama sekali apabila berlakunya kebakaran.

“Oleh itu adalah amat penting para penghuni di setiap penduduk dalam kawasan Lubok Antu dan Skrang untuk melaksanakan langkah-langkah berjaga bagi mencegah berlaku kejadian seumpama ini,” katanya.

Nyalau berkata demikian kepada para pemberita ketika melawat tapak kejadian kebakaran di Rumah Kiling, Buyong Panjai, Lidong dalam kawasan Skrang, Betong hari ini.

Beliau juga turut menasihatkan para penduduk agar tidak memasang sendiri wayar penyalur bekalan eletrik ke rumah masing-masing dengan sewenang-wenangnya demi mengelakkan risiko litar pintas.

“Saya akan menulis surat kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memohon peruntukkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin bagi membantu mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal berhubung kejadian ini,” katanya.

Beliau pada sesi lawatan tersebut telah menyampaikan sumbangan peribadi berupa 30 kampit beras dan wang berjumlah RM3,000 kepada oleh Tr Kiling untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran tersebut.

Disamping itu Nyalau juga berjanji untuk melaksanakan projek meratakan tapak kejadian kebakaran itu bagi membolehkan mangsa kebakaran mendirikan kembali kediaman baru mereka di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa yang turut sama dalam lawatan tersebut turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang tunai berjumlah RM500.

Tamat...


No comments:

Post a Comment