Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 July, 2009

Jangan berbeza ideologi - Dr Rayong


Caption: RASMINYA….Dr Rayong (tiga kiri) dan Nyalau (dua kiri) sedang memotong reben semasa diberi penghormatan merasmikan jeti rumah panjang Banta, Kubal Batu, dalam majlis itu.

ENGKILILI, Jumaat (31 Julai) – Penduduk kaum Iban dalam sesebuah rumah panjang tidak harus mempunyai ideologi politik yang berbeza di antara satu sama lain demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa.

Ianya menurut beliau amat penting agar penduduk kaum Iban di rumah panjang tersebut dapat bekerjasama dalam merancang pelbagai program pembangunan ke arah memajukan rumah panjang mereka sendiri.

“Perpecahan boleh buat wujud sekiranya penduduk kaum Iban dalam sesebuah rumah panjang itu mempunyai ideologi politik yang berbeza dan tidak sefahaman di antara satu sama yang lain.

“Justeru adalah amat penting penduduk kaum Iban di rumah panjang untuk bersatu di bawah payung Barisan Nasional (BN) demi mengelakkan berlaku perpecahan dikalangan mereka di masa akan datang,” menurut beliau.

Rayong berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) N. 28 Engkilili bertempat Rumah Banta, Kubal Batu, Lidong, Engkilili dalam daerah kecil Sri Aman baru-baru ini.

Dengan bernaung di bawah BN, penduduk kaum Iban di setiap rumah panjang menurut beliau akan dapat terus menikmati faedah pembangunan dari segi aspek ekonom dan sosial yang berterusan dari masa ke semasa.

“Kerajaan BN cukup ideal untuk semua penduduk terutama orang Dayak. Justeru menyokong BN secara berterusan akan memberi manfaat kepada mereka berbanding penduduk yang tidak menyokong kerajaan ini sebelumnya,” kata Rayong.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Dalam masa yang sama Dr Johnical dan Nyalau juga telah diberi penghormatan untuk merasmikan jeti rumah panjang berkenaan sepanjang 500 meter sebelum mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada JKKK Banta, Kubal Batu dan biro wanitanya RM3,000.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203, Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba, dan Pembantu Luar Kanan JASA N. 28 Engkilili, Edwin anak Ancheh dan para ketua kaum dari sekitar daerah Lubok Antu.

Tamat....







No comments:

Post a Comment