Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 July, 2009

Iban boleh kuat dalam politik kalau sama hala tuju politik - Mong


Caption: PENGHARGAAN...Tr Mamba (kanan) sedang menyampaikan cenderamata kepada Mong (kiri) sambil disaksikan oleh para pegawai kerajaan dan ketua kaum ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Khamis (9 Julai) – Kekuatan politik orang Dayak terutamanya kaum Iban hanya akan terserlah sekiranya mereka berpegang kepada prinsip hala tuju satu perjuangan politik yang sama kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang.

Menurut beliau perjuangan orang Iban dalam bidang politik tampak lemah pada masa sekarang apabila kebanyakkan mereka memperjuangkan hala tuju politik yang berbeza dari parti pihak Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

“Sekarang kita sudah mula nampak bahawa orang Iban pada waktu sekarang ini memperjuangkan hala tuju politik yang berbeza menerusi pembabitan mereka dalam parti BN dan pembangkang berbanding ketika mereka membabitkan diri dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) atau Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

“Namun sekarang perjuangan politik orang Iban sudah berpecah apabila kebanyakkan mereka menyertai pihak pembangkang seperti Parti KeAdilan Rakyat (PKR) untuk memperjuangkan hala tuju politik mereka sendiri,” katanya.

Mong berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Gemilang 2009 bertempat di laman kediaman Rumah Bruen, Skim Melugu, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman hari ini.

Keadaan ini menurut beliau menyebabkan timbulnya kelemahan dikalangan masyarakat kaum Iban sehingga menyebabkan timbulnya rasa ragu daripada lain-lain kaum terhadap kekuatan perjuangan politik kaum terbabit di negeri ini.

“Akibatnya orang Iban akan berasa ketinggalan dari segi aspek kemajuan hidup berbanding lain-lain kaum dalam negeri ini disebabkan oleh faktor perpecahan politik dikalangan diri masing-masing.

“Justeru untuk muncul sebagai sebuah kaum yang kuat dan disegani, saya menyeru semua orang Dayak terutamanya kaum Iban untuk memperjuangkan hala tuju politik yang sama di bawah pihak BN,” kata beliau.

Mong menerusi majlis berkenaan kemudiannya mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Skim Melugu untuk tahun ini.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Pembangunan Sosial, Felicia Tan, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Shyennier Jean Serit, Jurutera JKR Sri Aman, Nasaruddin Abu Jabar, Pegawai JASA bagi Parlimen P.202 Sri Aman dan P.203 Lubok Antu, Whelton Lumpoi dan Jeoffery Ricky Maba, para wakil pegawai dan ketua kaum dari daerah ini.

Tamat.


No comments:

Post a Comment