Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 July, 2009

Hanya Sarawak perkenal bayaran premium tanah secara beransur-ansur kata Awang Tengah

SRI AMAN, Selasa (14 Julai) – Sarawak merupakan satu-satunya negeri di dalam negara ini yang memperkenalkan sistem bayaran premium tanah secara beransur-ansur untuk tempoh 10 tahun.

Menteri Perancangan Sumber dan Pengurusan II, Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan berkata pembayaran premium tanah secara beransur-ansur ini adalah merupakan sebahagian dari dasar Kerajaan Negeri yang mengambilkira kepentingan negeri dan pemilik tanah di sini.

“Lagipun premium bayaran tanah ini adalah merupakan salah satu sumber penting pihak kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di seluruh kawasan dalam negeri ini.

“Justeru kita memperkenalkan sistem bayaran premium tanah ini secara beransur-ansur yang mana beberapa buah Kerajaan Negeri dalam negara ini mula melahirkan minat untuk mengamalkan sistem terbabit di negeri mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Surat Hakmilik Tanah di Dewan Suarah Sri Aman anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Pejabat Daerah Sri Aman hari ini.

Selain itu pemilik surat hakmilik tanah di negeri ini menurut Awang juga boleh memohon perbaharuan tempoh lanjtan pemilikan tanah masing-masing pada bila-bila masa menerusi dasar oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Tanpa menyatakan dasar terbabit, beliau menyatakan bahawa pemilik tanah boleh memperbaharui surat hakmilik tanah masing-masing sama ada untuk tempoh 60 atau 99 tahun.

“Bagaimanapun ia terkecuali terhadap pemilik tanah yang mana kerajaan sedang merancang untuk melaksanakan projek pembangunan di atas tanah yang dimiliki oleh pemilik berkenaan,” katanya.

Terdahulu beliau telah menyempurnakan majlis penyampaian surat lanjutan tempoh Hakmilik Tanah kepada 204 orang penerima di daerah Sri Aman ini terutamanya dari kawasan Undop, Batu Lintang dan Engkilili.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Speaker Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, ADUN Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan, ADUN Jemoreng, Abu Seman Jahwie, ADUN Nangka, Datuk Awang Bemee Awag Basah, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Majuan Jeraie.

Tamat.

No comments:

Post a Comment