Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 July, 2009

Ekspedisi Gunung Lesung 10 Julai ini

SRI AMAN, Isnin (5 Julai) – Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Ekspedisi Gunung Lesung 2009 bermula dari 10 hingga 12 Julai ini.

Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman yang juga Setiausaha Bersama Ekspedisi berkenaan, Mohamad Yusli Nassir berkata Ekspedisi Gunung Lesung 2009 ini bakal disertai oleh 100 orang peserta yang terdiri dari kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGOs).

“Program ini adalah merupakan lawatan sambil belajar ke Gunung Lesung dan daerah kecil Lingga bagi meninjau sendiri potensi pelanconmgan yang terdapat di sepanjang Sungai Batang Lupar, Lingga, Engkeranji dan Gunung Lesung itu sendiril.

“Disamping berusaha untuk mencari jalan menaikkan taraf sosio ekonomi penduduk di kawasan ini program itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mempraktikan gaya hidup sihat,” katanya.

Selain itu Ekspedisi Gunung Lesung 2009 ini juga memberi peluang kepada para pemimpin tempatan untuk menyalurkan pendidikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada penduduk di kawasan ini.

Malahan ia turut memberi peluang kepada pihak media untuk mendedahkan keunikan bahagian Sri Aman menerusi Gunung Lesung, Sungai Batang Lupar dan Daerah Kecil serta penempatan yang ada di sepanjang laluan ekspedisi itu bagi tujuan destinasi pelancongan selepas ini.

“Para peserta menerusi ekspedisi ini turut berpeluang untuk meneroka Gua Angin, Gua Kristal dan Perigi Kumang yang belum pernah diterokai serta dianggap unik.

"Saya yakin lokasi ini berpotensi untuk dijadikan sebuah produk pelancongan di Sarawak. Justeru Ekspedisi Gunung Lesung 2009 ini mampu dijadikan sebagai platform untuk memperkenalkan bakal produk pelancongan terbaru di Sri Aman ini," katanya.

Tamat...

No comments:

Post a Comment