Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2009

Daripada Edwin Raoh - isu servis Hospital Sri Aman


Artikel ini adalah merupakan hasil penulisan asal daripada Edwin Raoh, penulis sampingan (stringer) untuk akhbar Utusan Borneo cawangan Sri Aman. Artikel yang tidak melalui tapisan editor ini mengutarakan pendapat saudara penulis mengenai isu berkaitan dengan perkhidmatan Hospital Bahagian Sri Aman.


originally writtten by Edwin Raoh

Seramai 10 orang pesakit buah pinggang di bahagian Sri Aman disenaraikan dalam ‘senarai menunggu’ berikutan kekurangan mesin homodialisis yang digunakan pesakit buah pinggang mencuci pinggang mereka supaya mereka boleh terus hidup di dunia ini.

Yang harus kita renung bersama disini, mereka ini bukan kumpulan yang disenaraikan dalam senarai menunggu menaiki kapal terbang sekiranya tiket kapal terbang itu habis dijual tetapi menunggu mesin homodialisis yang merupakan sebahagian daripada nyawa mereka itu.

Disamping itu juga sepuluh lagi daripada mereka yang memerlukan rawatan segera terpaksa berulang-alik sama ada ke pusat homodialisis di Hospital Betong ataupun Hospital Umum Kuching.

Masalah kekurangan mesin homodialisis dan ruang bagi melayan pesakit buah pinggang ini di Hospital Bahagian Sri Aman sememangnya amat kritikal dan tidak ada tanda-anda penyelesaian ketika ini.

Buat masa ini pusat homodialisis di Hospital Sri Aman hanya memiliki tujuh buah mesin tetapi hanya lima yang dapat digunakan manakala dua mesin lagi hanya dibiarkan tersadai berikutan tidak cukup ruang untuk membolehkan mesin itu beroperasi.

Utusan Borneo difahamkan ada empat pesakit buah pinggang dari Sri Aman – tiga orang menetap di bandar Sri Aman dan seorang lagi dari Tanjung Bijat terpaksa berulang-alik dua kali dalam seminggu untuk mendapat rawatan ke pusat Homodialisis di bahagian Hospital Betong.

Mereka terpaksa berkongsi kereta untuk pergi ke Hospital Betong yang mengambil masa selama satu jam lebih perjalanan untuk menjimatkan kos pengangkutan.

Bagaimanapun salah seorang yang merupakan bapa mentua wartawan Utusan Borneo cawangan Sri Aman sudah meninggal dunia 9 April lalu.

Sehubungan itu Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Datuk Francis Harden ak Hollis Tini semasa berdialog mendengar taklimat tentang perkembangan Hospital Sri Aman sempena lawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan merayu kepada Dr George Chan agar memberi perhatian serius masalah ini.

Harden berkata, kita harus bertindak dari sekarang untuk menyelesaikan masalah ini kerana mereka yang menunggu ini hendak terus hidup.

Jangan melihat perkara ini hanya tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan diambil, jelas beliau.

“Sebab itu saya bahawa Dr Chan ke sini untuk mendengar dan melihat dengan sendiri apa masalah yang kita hadapi di sini dengan harapan kita akan menemui penyelesaian,” katanya.

Sementara itu Dr Chan bersedia membawa perkara itu ke pihak atasan dengan secepat mungkin.

Turut hadir dalam majlis Setiausaha Tetap Kementerian Permodenan Pertanian Datuk Jaul Sameon.

Tamat…




No comments:

Post a Comment