Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 July, 2009

The Colour's juara Pertandingan Polynemus Fest Music 2009!




Caption:



1.UNTUK ALBUM...Sapini (belakang tiga dari kiri) bersama tetamu undangan khas merakamkan gambar kenangan bersama kumpulan pemenang tempat pertama hingga ke-3 pertandingan tersebut hari ini.

2.ROCK SAMPAI TUA BEB!...Aksi sebuah kumpulan ketika berlangsungnya pertandingan itu.

SRI AMAN, Ahad (26 Julai) – Kumpulan The Colour’s muncul sebagai Juara Pertandingan Akhir Polynemus Music Fest (Rentak Juara) 2009 yang berlangsung di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Persembahan nyanyian lagu dan muzik yang mantap daripada kumpulan The Colour’s ini telah mereka membawa pulang hadiah kejuaraan berupa wang tunai berjumlah RM500 beserta dengan sebuah piala.

Manakala itu kumpulan Muhibah dari Saratok pula membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM350 dan sebuah piala apabila muncul sebagai naib juara Pertandingan Akhir Polynemus Music Fest (Rentak Juara) 2009.

Pemenang tempat ke-3 dalam Pertandingan Akhir Polynemus Music Fest (Rentak Juara) 2009 ini iaitu Mixed Blood berhasil membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250 dan sebuah piala iringan.

Dua buah kumpulan yang bertandingan dalam Pertandingan Akhir Polynemus Music Fest (Rentak Juara) 2009 iaitu Horse 88 dan Inspirasi pula membawa pulang hadiah wang saguhati bernilai RM100.

Upacara penyampaian hadiah berupa wang tunai dan piala kepada kumpulan pemenang telah disampaikan oleh wakil Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sarawak, Sapini Jalani sambil disaksikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir.

Pertandingan Polynemus Music Fest (Rentak Juara) 2009 ini dianjurkan oleh Studio Kelana Audio bersempena dengan sambutan Karnival Pesta Ikan Bulu Sri Aman 2009 yang bermula semenjak 24 hingga 26 Julai.

Pertandingan Polynemus Music Fest yang bermula semalam ini menyaksikan 19 buah kumpulan bersaing untuk mengisi 10 buah slot ke pertandingan akhir Pertandingan Polynemus Music Fest berkenaan.

Tamat.



No comments:

Post a Comment