Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2009

Kerajaan hari adalah pilihan rakyat kata Snowdan

Caption: MANFAATKAN...Snowdan (kiri) menyerahkan cek bernilai RM3,000 kepada Pengerusi Persatuan Iban Remun iaitu Eli Luntai (kanan) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

BALAI RINGIN, Selasa (7 Julai) – Kerajaan yang mentadbir negara Malaysia pada hari ini telah dibentuk atas dasar pilihan rakyat menerusi proses pilihanraya yang diadakan secara demokrasi pada setiap penggal lima tahun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

Justeru menurut beliau adalah amat penting proses pemilihan kerajaan secara demokrasi ini dikekalkan dari masa ke semasa demi membolehkan Malaysia terus maju seiring dengan lain-lain negara pada masa akan datang.

“Kemajuan dan kemakmuran yang telah kita kecapi pada masa sekarang tidak akan dapat bertahan lama sejak dari dahulu lagi tanpa adanya kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi pada hari ini.

“Rakyat menerusi sistem demokrasi telah menunjukkan bahawa mereka memilih parti yang tepat iaitu Barisan Nasional (BN) untuk meneraju pentadbiran kerajaan bagi tujuan peningkatan taraf hidup mereka semenjak Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dahulu,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2009 anjuran Persatuan Iban Remun bertempat di Dewan Balai Ringin, Serian baru-baru ini.

Selain itu Malaysia menurut Snowdan merupakan satu-satunya negara yang mempunyai kerajaan paling komited bagi membantu kebajikan rakyat mereka dalam apa jua keadaan berbanding mana-mana kerajaan di dunia pada masa kini.

“Pihak kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi segala keperluan rakyat dari segala segi aspek kerana BN sebagai sebuah kerajaan tidak mahu menghampakan hati rakyat yang memilih mereka sebelum ini.

“Selagi BN terus meneraju pemerintahan kerajaan di negara ini maka kebajikan hidup rakyat akan terus terbela dari masa ke semasa,” menurut beliau lalu mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Persatuan Iban Remun pada majlis berkenaan.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukkan MRP bernilai RM5,000 daripada Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing dan juga RM3,000 daripada Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kepada persatuan terbabit.

Tamat.


No comments:

Post a Comment