Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 July, 2009

Bellynie juara Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009


Caption: FEWIT!!! Bellynie (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang naib juara, pemenang tempat ke-3 dan pemenang hadiah wang saguhati sebaik sahaja pertandingan malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (26 Julai) – Bellynie Johnek, 19, telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 yang berlangsung di Tebingan Sungai Sri Aman malam tadi.

Beliau yang berjaya mengenepikan saingan daripada lapan orang peserta dalam pertandingan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250 beserta dengan sebuah piala kejuaraan.

Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini juga menyaksikan Nurul Istilah binti Ishak, 20, muncul naib juara manakala Aziy Ilahihi, 22, pula muncul sebagai pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu, Nurul dan Aziy masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100. Kedua-dua peserta ini juga turut membawa pulang hadiah iringan berupa piala.

Dua orang agi peserta dalam Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini iaitu Cornellia Johnek, 18, dan Jennifer Peter Wellington, 20, pula mendapat hadiah saguhati bernilai RM50 untuk setiap seorang.

Empat orang peserta yang turut bersaing dalam pertandingan ini ialah Nur Alfazirin Abdul Gapor, Melisa Diana Anis, Norshyalla Dolhan dan Zuriana Kadri.

Kesemua hadiah kepada para pemenang Pertandingan Ratu Karnival Pesta Ikan Bulu 2009 ini telah disampaikan oleh Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Sarawak iaitu Rajali Haji Mudin.

Lebih 100 orang penduduk berhimpun di sekitar kawasan penganjuran Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman untuk menyaksikan pertandingan itu walaupun hujan turun di sekitar bandar ini bermula jam 7.30 malam tadi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment