Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2009

Belia rosak akhlak kerana silap ibubapa - Snowdan


Caption: TAHNIAH...Snowdan (kiri) menyampaikan sijil penyertaan program kepada wakil penerima sambil disaksikan oleh Johnny (tengah) dan Isa (kanan sekali) ketika berlangsungnya program baru-baru ini.

PANTU, Jumaat (10 Jun) – Faktor keluarga bermasalah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kemerosotan akhlak dikalangan belia negara ini pada masa sekarang demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan.

Menurut beliau masalah kemerosotan akhlak sering terjadi dikalangan belia dari keluarga miskin yang sebelum ini menghadapi masalah keluarga seperti penceraian ibu bapa, masalah psikologi, tekanan perasaan dan kewangan.

“Masalah keruntuhan akhlak golongan belia yang sering tersiar di media cetak dan elektronik pada masa sekarang berpunca dari kesilapan yang sering kita (ibubapa) lakukan sehingga menyumbang kepada permasalahan ini.

“Pertamanya peranan ibu bapa yang tidak meletakkan aspek perkembangan sahsiah insan dan jati diri sebagai keutamaan dalam diri anak-anak sehingga mereka membesar sebagai golongan modal insan yang mengikut acuan dan cita rasa sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Motivasi Ibubapa dan Murid 2009 bertempat Sekolah Kebangsaan (SK) Aping, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Keduanya pula menurut Snowdan ialah peranan para guru yang mengutamakan kecemerlangan akademik pelajar dengan sasaran keputusan penuh gred A tanpa meletakkan pakej lengkap pembangunan modal insan pelajar menerusi aspek pembangunan moral.

“Apabila perkara ini berlaku fokus pendidikan di sekolah hanya tertumpu kepada harapan pelajar terbaik atau kelas-kelas elit sahaja..sehingga menyebabkan pelajar kurang cemerlang tersisih dan hanyut dalam masalah keruntukkan akhlak.

“Justeru saya berharap agar pihak ibubapa dan guru dapat mengambil ikhtibar dari dua punca permasalahan ini dengan mencari langkah untuk membasmi pembabitan belia kita dalam masalah keruntuhan akhlak di masa akan datang,” menurut beliau.

Snowdan menerusi majlis itu kemudiannya mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Aping.

Hadir sama ialah Pengerusi Guru-Guru Besar Zon Pantu, Isa bin Reff, Guru Besar SK Aping, Iman Haji Joni, Yang Dipertua PIBG SK Aping, Johnny anak Lumie dan Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.25 Balai Ringin, Abah Unggie.

Tamat.

No comments:

Post a Comment