Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 July, 2009

Battle Of The Band di Fun Fair Simanggang 6 Ogos ini!!

Caption: PENERANGAN...Izam (kanan) dan Hadi (kiri) ketika menerangkan kepada pemberita mengenai penganjuran Pertandingan Battle Of The Band di Pesta Ria Sri Aman bermula 6 Ogos ini.

SRI AMAN, Khamis (30 Julai) – Pesta Ria (Fun Fair) Sri Aman dengan kerjasama syarikat Rock Steady Event Management akan menganjurkan Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 bermula dari 6 hingga 8 Ogos ini.

Menerusi bayaran penyertaan sebanyak RM50 untuk satu kumpulan, Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 yang akan berlangsung di pentas Pesta Ria Sri Aman itu dibuka penyertaannya kepada semua kumpulan pemuzik dari seluruh negeri Sarawak.

“Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini adalah merupakan satu platform bagi semua kumpulan pemuzik dalam negeri ini untuk mengukur kemampuan sebenarnya mereka dalam bidang muzik terbabit.

“Justeru itu jadikan Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 untuk menguji bakat masing-masing dan mengetahui hala tuju sebenar dalam bidang muzik selepas ini,” menurut penganjurnya iaitu Mohd Hadi dan Izam ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Setiap kumpulan yang akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini menurut Hadi diwajibkan untuk mempersembahkan dua buah lagu bebas kecuali untuk genre muzik Underground dan Metal (tidak dibenarkan).

Malahan pihak penganjur menurut beliau juga turut menyediakan alatan muzik seperti drum (1 set), gitar amphlifier, gitar bass amphlifier, keyboard kecuali bagi segala alat muzik tambahan yang akan ditanggung oleh kumpulan peserta itu sendiri.

“Juara bagi Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500, piala dan sijil manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 dan RM150 juga beserta piala dan sijil penyertaan.

“Hadiah saguhati turut disediakan untuk tujuh kumpulan dalam pertandingan akhir tersebut. Oleh itu mereka yang berminat boleh mendapatkan borang daripada saya (Mohd Hadi) atau Izam dengan menghubungi talian telefon 019-8266994,” katanya.

Juara Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini juga tambah beliau berpeluang untuk membuat rakaman ‘demo’ di syarikat Rock Steady Studio.

Disamping itu Pesta Ria Sri Aman dengan kerjasama syarikat Rock Steady Event Management juga akan turut menganjurkan Pertandingan Karaoke Lagu Melayu dan Iban di pentas Pesta Ria ini bermula 9 hingga 11 Ogos.

“Pertandingan Karaoke Lagu Melayu dan Iban ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa ada sebarang bayaran dikenakan bagi setiap individu yang mahu mengambil bahagian dalam pertandingan ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment