Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2009

AY 17 juara Pertandingan Bola Sepak DUN Lingga


Caption: SANG JUARA...Pasukan AY17 bergambar kenangan setelah muncul sebagai juara Pertandingan Bola Sepak Dewan DUN Lingga baru-baru ini.


original source by Zaidil Haji Ripin.

http://tigasungai.blogspot.com

- 15 Julai


Pasukan AY17 muncul juara Pertandingan Bola Sepak Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerusi perlawanan peringkat akhir yang berlangsung di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman 12 Julai lalu.

Pertandingan bola sepak anjuran Kelab Sukan Komuniti DUN Lingga ini menyaksikan AY17 muncul juara setelah menewaskan saingan daripada pasukan GOL FC menerusi jaringan gol 3-0 pada perlawanan akhir berkenaan.

Dengan kemenangan itu, pasukan AY17 bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300 beserta dengan piala kejuaraan menerusi sebuah majlis utama yang akan berlangsung pada tarikh yang ditentukan selepas ini.

Sementara pasukan naib juara iaitu GOL FC pula bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200 dan piala manakala pasukan pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan ini iaitu SMK Simanggang pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 beserta sebuah piala.

Terdahulu sebanyak enam pasukan berentap dalam pertandingan bola sepak terbabit yang bermula dari 11 hingga 12 Jun lalu antaranya ialah pasukan AY17, GOL FC, Panama FC, Timbak Guyat FC, SMK Simanggang dan Ayoslang.

Pasukan juara iaitu AY17 melangkah ke perlawanan akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan SMK Simanggang dengan jaringan gol 2-0 pada perlawanan peringkat separuh akhir.

Manakala itu pasukan naib juara iaitu GOL FC pula berjaya melangkah ke perlawanan akhir pertandingan bola sepak berkenaan setelah berjaya menewaskan pasukan Timbak Guyat dalam perlawanan peringkat separuh akhir dengan jaringan gol 3-0.

Bagaimanapun SMK Simanggang berjaya menumpaskan pasukan Timbak Guyat FC dengan jaringan gol 2-0 yang diperoleh menerusi penentuan gol tendangan penalti bagi menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan ini.


Hadir bagi menyaksikan perlawanan itu ialah Pengerusi KSK DUN Lingga, Zamahri Morshidi, Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFA), Abang Norin bin Abang Norudin, Setiausaha Agung SAFA, Zaidil Haji Ripin, Pengurus Pasukan AY 17, Sudin dan Jurulatih pasukan AY17 iaitu Tahir.

Tamat.


No comments:

Post a Comment