Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 July, 2009

Astro masuk kampung


Caption: FOKUS...Nyalau kelihatan sedang memberi fokus terhadap penerangan mengenai penganjuran program tersebut oleh seorang kakitangan Astro di SMK Lubok Antu semalam.

by Edwin Raoh

LUBOK ANTU, Khamis (30 Julai) – Syarikat Astro dengan kerjasama Pusat Sains Negara telah menganjurkan Program Jangkau Luar Kampus Astro bertempat di Dewan Sri Kelingkang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu semalam.

Jurucakap Astro, Dorene Scot berkata program yang diadakan selama satu hari itu bertujuan untuk mendekatkan pelajar terhadap aspek pembelajaran yang memfokuskan kepada mata pelajaran sains, matematik dan bahasa.

“Program Jangkau Luar Kampus Astro ini nyata mendapat sambutan yang amat merangsangkan daripada para pelajar SMK Lubok Antu ketika berlangsungnya program terbabit semalam.

“Justeru diharap agar Program Jangkau Luar Kampus Astro ini memberi peluang kepada para pelajar sekolah terbabit untuk menerokai teknik pembelajaran yang lebih berkesan terhadap mata pelajaran tersebut selepas ini,” katanya.

Program Jangkau Luar Kampus Astro ini menurutnya juga telah dijayakan dengan penggunaan Trak Kampus Astro yang bergerak ke satu lokasi ke lokasi program untuk membawa bahan pameran sains mudah alih, penggunaan alat bantu mengajar dan aktiviti sanis serta matematik dan bahasa.

Sementara itu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak ketika melawat ke tapak penganjuran program terbabit telah melahirkan rasa gembira memandangkan kawasan parlimen beliau menjadi tumpuan pihak Astro bagi tujuan itu.

“Sebagai seorang wakil rakyat kawasan ini saya ternyata amat berasa gembira memandangkan Program Jangkau Luar Kampus Astro ini memberi manfaatkan kepada para pelajar ini diadakan di kawasan parlimen saya.

“Oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang sudi memilih SMK Lubok Antu sebagai lokasi utama bagi penganjuran Program Jangkau Luar Kampus Astro hari ini,” katanya.

Pihak Astro bakal menyediakan rangkaian rancangan dalam bentuk pelajaran ke SMK Lubok Antu secara percuma dalam tempoh tiga tahun sebaik setelah kejayaan penganjuran Program Jangkau Luar Kampus Astro terbabit.


Tamat….






No comments:

Post a Comment