Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2009

Ahli muda dalam JKKK disaran banyak belajar nasihat Harden


Caption: SELAMAT DATANG...Harden (dua kanan) bersama Masir (dua kiri) sambil diiringi oleh penduduk rumah panjang ketika menghadiri majlis pemimpin rakyat di situ baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (18 Julai) – Ahli muda dalam sesebuah organisasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disarankan untuk mempelajari cara melaksanakan sesebuah aktiviti atau program daripada para ahli yang lebih berpengalaman demi kemajuan kampung atau rumah panjang masing-masing.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis berkata, usaha ahli muda untuk mempelajari selok-belok perlaksanaan sesebuah aktiviti daripada golongan ahli tua adalah amat penting demi memastikan sesebuah JKKK untuk terus aktif dalam tempoh 50 tahun yang akan datang.

“Penglibatan ahli muda dalam sesebuah organisasi JKKK sememangnya amat dialu-alukan oleh semua pihak demi merancakkan lagi perlaksanaan sesebuah aktiviti di kawasan kampung dan rumah panjang.

“Bagaimanapun golongan ahli muda terlebih dahulu haruslah mempelajari selok belok mengendalikan sesebuah aktiviti JKKK kerana mereka suatu hari kelak bakal mengambilalih kepimpinan organisasi terbabit daripada ahli veteran di masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2009 bertempat di Rumah Maja anak Bala, Kenyungan, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kata Harden kebanyakkan ahli muda dalam sesebuah JKKK kini mempunyai kelebihan dari segi latar belakang pendidikan yang lebih tinggi terutamanya golongan pelajar universiti atau kolej berbanding ahli veteran.

“Kelebihan ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan ahli muda serta veteran haruslah digabungkan menjadi sebuah entiti baru yang mampu mencetus sebuah revolusi baru dalam sesebuah organisasi JKKK.

“Hanya menerusi pengabungan dua aspek terbabit organisasi JKKK dijangka mampu melaksanakan banyak program atau aktiviti lebih efisyen dan berkesan untuk kalangan penduduk kampung yang mencakupi aspek ekonomi, politik dan sosial,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, Timbalan Residen Sri Aman (Bahagian Pembangunan Sosial), Felicia Tan, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sri Aman Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.


Tamat,

No comments:

Post a Comment