Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 June, 2009

Sukaneka Permotoran TopGear meriah


Caption: BERENTAP...Seorang peserta sedang berentap dalam saingan pertandingan Menunggang Basikal Sambil Menutup Mata dalam acara Sukaneka Permotoran baru-baru ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Selasa (9 Jun) – Pasukan After 6 muncul juara Pertandingan Tarik Tali yang diadakan menerusi aktiviti Sukaneka Permotoran anjuran Kelab TopGear Motorsport Sri Aman bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIII Peringkat Negeri Sarawak di sini baru-baru ini.

Aktiviti Sukaneka Permotoran yang menyaksikan kehadiran lebih 500 pengunjung di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang hari berkenaan menyaksikan Sqallos Skutter Club dan Apa-Apa Aje muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 bagi acara yang sama.

Bagi pertandingan Iron Man pula, Yeo Khui Guan telah dinobatkan sebagai pemenang setelah berjaya menewaskan Abdul Rahim Ahmad Daud dan Mohd Ali yang berada di kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi acara tersebut.

Empat buah acara menarik yang turut diadakan pada Sukaneka Permotoran itu ialah Menunggang Basikal Sambil Menutup Mata, Memandu Motorsikal Paling Perlahan, Menggolek Tayar dan Menukar Tayar Kereta Pancit Terpantas.

Pertandingan Menukar Tayar Kereta Pancit Terpantas ini menyaksikan tiga orang beradik iaitu Yusuf, Zahari dan Yakub Zamahari menyapu bersih semua kedudukan pertama hingga ketiga dalam acara berkenaan.

Manakala Lee Meh Seng pula muncul juara Pertandingan Menunggang Motorsikal Paling Perlahan sambil diikuti oleh Yusuf Wasli dan Wan Mohd Zaki yang berada di kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 dalam acara tersebut.

Pertandingan Menggolek Tayar pula menyaksikan Noraini Abu Bakar muncul juara manakala Raimah Zamahari dan Yna Sarina pula muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 bagi acara tersebut.

Sebuah lagi acara menarik iaitu Menunggang Basikal Sambil Menutup Mata menyaksikan Nor Fazmiey Nurol muncul juara manakala Hashreem dan Awang Shafiz Awang Sutiah pula muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Pegawai Tadbir Sarawak dari Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi telah menyampaikan semua hadiah berupa piala, hamper dan pingat (untuk tarik tali sahaja) kepada para pemenang sambil disaksikan oleh Presiden Kelab TopGear Motorsport Sri Aman iaitu Awang Zainuddin bin Awang Ahmad.

Tamat.

No comments:

Post a Comment