Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 June, 2009

Polis cari dua saspek




Mugshot:

1. MOHD MUSA SAPALI
2. NORAINI BINTI KIPLI

SRI AMAN, Selasa (9 Jun) – Pihak polis kini sedang mencari dua orang saspek berbangsa Melayu yang terdiri daripada lelaki dan wanita untuk membantu siasatan berhubung kes pecah rumah dan curi yang berlaku di negeri ini.

Menurut satu kenyataan dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong, saspek pertama yang dikehendaki polis itu ialah Mohd Musa bin Sapali, 34, pemegang kad pengenalan 740702-13-6097 yang beralamat di Lot 900, Jalan Biri 4, Pujut 2, Miri.

Manakala itu saspek kedua ialah Noraini binti Kipli, 34, pemegang kad pengenalan 741207-13-5630 yang beralamat di No.23, Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan kedua-dua saspek ini bagi membantu siasatan oleh pihak kita berhubung kes pecah rumah dan curi yang berlaku di beberapa buah tempat dalam negeri ini.

“Orang ramai boleh menghubungi ASP Abdul Rahim dan AIO Sarjan Chimbie Jaritan di Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Betong menerusi talian telefon 083-471776 atau 083-472345 sekiranya terlihat saspek tersebut,” menurut kenyataan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment