Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 June, 2009

PLPB anjur kelas jahit bermula 7 Julai ini

SRI AMAN, Selasa (9 Jun) – Penduduk dari Bahagian Sri Aman yang berumur 18 tahun ke atas dan masih lagi mencari pekerjaan dipelawa untuk memohon Pengambilan Pelatih Kelas Jahitan Pusat Latihan Pembangunan Belia Sesi 2 / 2009.

Jurutunjuk kelas latihan berkenaan, Roslina binti Dahlan berkata latihan kelas jahitan berkenaan akan bermula pada 7 Julai dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari selama tempoh enam bulan dari tarikh bermulanya kelas latihan menjahit berkenaan.

“Kelas latihan menjahit ini akan diadakan di Dewan Suarah Sri Aman. Semua peserta yang menyertai kelas latihan menjahit ini akan mendapat sijil penyertaan sebaik sahaja mereka berjaya menamatkan latihan ini selama enam bulan.

“Berita baiknya kepada mereka yang berminat ialah tiada bayaran dikenakan untuk tujuan latihan ini malahan semua peralatan untuk latihan kelas menjahit berkenaan akan disediakan oleh pihak penganjur,” katanya.

Justeru mereka yang berminat katanya boleh mendapatkan borang penyertaan kelas di Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Bahagian Sri Aman atau di Dewan Suarah Sri Aman.

Untuk keterangan lebih lanjut berhubung Pengambilan Pelatih Kelas Jahitan Pusat Latihan Pembangunan Belia Sesi 2 / 2009 ini, mereka yang berminat juga boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-8090215.

“Borang penyertaan bagi tujuan Pengambilan Pelatih Kelas Jahitan Pusat Latihan Pembangunan Belia Sesi 2 / 2009 yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 3 Julai ini,” kata Roslina.

Tamat.

No comments:

Post a Comment