Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 June, 2009

PIBG perlu berganding bahu untuk majukan anak2 kata Snowdan


Caption: MANFAATKAN...Snowdan (kanan) menyampaikan cek kepada wakil PIBG SK Abok ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.

SRI AMAN, Rabu (17 Jun) - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disaran supaya berganding bahu dengan pihak pengurusan sekolah bagi menangani gejala tidak sihat di kalangan pelajar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan.

Berucap pada Majlis Malam Mesra PIBG SK Abok baru-baru ini, Snowdan berkata pembabitan pelajar sekolah di peringkat usia muda dalam gejala sosial amat membimbangkan.


''PIBG dan pihak pengurusan sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama untuk menerapkan nilai murni serta jati diri kepada pelajar agar gejala negatif dapat dicegah dari peringkat awal," ujarnya.


Ujar beliau, langkah itu boleh membantu merealisasi hasrat kerajaan mewujudkan sebuah negara bangsa yang maju menjelang 2020.


Selain itu, beliau turut menggesa agar pentadbir sekolah, guru dan PIBG berganding bahu melaksanakan pelbagai program akademik dan motivasi yang boleh menyuntik semangat murid memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.


''Usaha bersungguh-sungguh semua pihak boleh memacu kejayaan para pelajar khususnya dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang kurang dikuasai oleh mereka di kawasan pedalaman," katanya.


Sementara itu, beliau berkata, guru perlu lebih peka kepada keperluan pelajar kerana ia mampu memudahkan proses pembelajaran.


"Kadang-kadang ibu bapa tidak memahami apa kehendak dan keperluan anak-anak yang semestinya berbeza berbanding zaman mereka dahulu. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan mereka,'' katanya.


Pada majlis itu juga, Snowdan turut menyampaikan geran peruntukkan kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM3, 000 kepada PIBG SK Abok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment