Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2009

Perlantikkan Shafie sebagai menteri wilayah adalah berita baik - Nyalau

LUBOK ANTU, Isnin (8 Jun) – Perlantikkan Datuk Seri Shafie Haji Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah merupakan berita baik untuk rakyat di kawasan Sabah dan Sarawak kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Menurut beliau perlantikkan Shafie sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dianggap amat sesuai memandangkan beliau (Shafie) sendiri adalah merupakan anak jati dari kawasan pedalaman Sabah.

“MP (Ahli Parlimen) dari Sabah dan Sarawak lazimnya mengutarakan isu pembangunan di kawasan masing-masing berbanding dengan isu bukan pembangunan yang sering diutarakan oleh MP dari Semenanjung Malaysia ketika bersidangnya dewan parlimen.

“Jadi apabila Shafie sendiri dilantik sebagai menteri untuk bahagian itu, ia adalah boleh dianggap berita baik untuk kita semua (rakyat Sabah dan Sarawak) kerana beliau sendiri memahami bahawa kedua-dua negeri ini masih ketinggalan dari segi aspek pembangunan berbanding negeri jiran kita (Semenanjung Malaysia),” menurut beliau.

Nyalau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Haji Apdal ke Rumah Manai anak Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu hari ini.

Dengan adanya perlantikkan Shafie sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah maka Nyalau berharap agar lebih banyak peruntukkan disalurkan ke kawasan pedalaman dalam kedua-dua negeri ini.

“Sabah dan Sarawak adalah merupakan dua buah negeri yang besar dan memerlukan lebih banyak peruntukkan bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat khususnya mereka yang masih tinggal di kawasan pedalaman sekarang ini.

“Justeru saya berharap isu pembangunan di Sabah dan Sarawak akan menjadi satu fokus penting dalam sidang parlimen akan datang lebih-lebih lagi dengan adanya beliau (Shafie) sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baru pada masa sekarang,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment