Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 June, 2009

Pejabat baru Koperkasa Sri Aman beroperasi hari ini


Caption: UNTUK ALBUM...Azizan (tengah), Ismail (kanan) dan Rahman (kiri) bersama dengan para kakitangannya sedang merakamkan gambar kenangan di hadapan pejabat baru Koperkasa hari ini.

SRI AMAN, Khamis (11 Jun) – Pengurus Besar Rakyat Asset Management Sendirian Berhad merangkap Pentadbir Koperasi Koperkasa Berhad, Haji Azizan Abdul Gani bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke bangunan baru Koperasi Koperkasa Berhad di sini hari ini.

Bangunan baru milik Koperasi Koperkasa Berhad itu telah dibina di tapak tanah Lot 447 dan Lot 448, Blok 3, STD dalam tengah pusat bandar Sri Aman hasil pemberian Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 1979 dahulu.

“Selepas memperolehi tanah tersebut daripada Kerajaan Negeri Sarawak, pihak Koperkasa pada tahun 1984 telah mula merancang untuk memajukannya tetapi perancangan itu tidak berjaya dilaksanakan.

“Pada pertengahan tahun 2006, perancangan telah dipergiatkan semula untuk memajukan tapak tanah itu dengan mendirikan ‘semi detached lock-up shop’,” kata Azizan ketika ditemui hari ini.

Untuk itu katanya kerja pembinaan ‘semi detached lock-up shop’ telah pun dimulakan pada bulan Ogos 2008 sehingga bangunan baru milik Koperasi Koperkasa berkenaan siap dibina pada bulan Disember tahun yang sama.

“Maka hari ini, 11 Jun 2009, Pejabat Cawangan Koperasi Koperkasa Berhad Sri Aman secara rasminya telah pun mula beroperasi di premis kepunyaannya sendiri,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Berhad, Ismail Abdul Rani, Pembantu PenTadbir Koperasi Koperkasa Berhad, Haji Abdul Rahman Abdul Majit dan kakitangan Koperkasa yang lain.

Koperasi Koperkasa Berhad pada asalnya dinamakan sebagai Koperasi Pekerja Kerajaan Sarawak Berhad dan mula didaftarkan pada 6 September 1949.

Koperasi Pekerja Kerajaan Sarawak Berhad ini kemudiannya ditukar nama kepada Koperasi Koperkasa Berhad pada 28 Oktober 2000 menerusi satu pindaan undang-undang kecil di bawah Seksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993.

Tamat.

No comments:

Post a Comment