Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2009

Pameran Raja-Raja tarik lebih 300 pengunjung


Caption: MENARIK...Para pengunjung sedang melihat penerangan mengenai Tuanku Mizan yang disediakan menerusi Pameran Raja-Raja di sini hari ini.

SRI AMAN, Ahad (7 Jun) – Pameran Raja-Raja yang diadakan di tingkat bawah Perpustakaan Majlis Daerah Sri Aman bersempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIII Peringkat Negeri Sarawak telah menarik lebih 300 pengunjung semenjak ianya diadakan pada 5 Jun lalu.

Pameran Raja-Raja yang berlangsung di situ membolehkan orang ramai dari sekitar bandar ini untuk mengetahui dengan lebih dekat latarbelakang Yang Dipertuan Agong Ke-XIII iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin Mahmud Shah dan Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin.

“Dianggarkan antara 300 hingga 500 pengunjung tanpa mengira usia, agama dan kaum yang telah berkunjung ke Pameran Raja-Raja anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Pendidikan dan Pejabat Ketua Menteri semenjak 5 Jun lalu.

“Pameran Raja-Raja ini yang mula dibuka bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada 5 dan 6 Jun lalu bagi tujuan kunjungan orang ramai bagaimanapun akan berakhir pada jam 12 tengahari hari ini,” katanya jurucakap pameran berkenaan ketika ditemui Utusan Sarawak.

Demi menarik lebih ramai pengunjung ke pameran itu, pihaknya telah menyediakan sebanyak 30 buah hadiah berupa hamper bagi mana-mana pengunjung yang berjaya menjawab dengan tepat soalan kuiz pada pameran berkenaan bermula 5 Jun lalu hingga hari ini.

“Pihak kami menyediakan 10 buah hadiah berupa hamper bagi pemenang soalan kuiz yang disediakan untuk penganjuran hari pertama, hari kedua dan hari ketiga Pameran Raja-Raja ini.

“Setakat ini 20 buah hadiah telah pun disampaikan kepada pemenang kuiz pameran ini dan selebihnya 10 buah lagi akan ditentukan pada tengahari hari ini. Bagaimanapun secara keseluruhannya pameran berkenaan telah berjaya menarik ramai pengunjung yang terdiri daripada golongan pelajar,” katanya.

Utusan Sarawak yang melakukan tinjauan pada Pameran Raja-Raja itu mendapati bahawa seorang ketua kaum Cina dalam bandar ini iaitu Pemanca Sii Toh Peng telah memperoleh hadiah kuiz terbabit pada hari pertama penganjuran pameran terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment