Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 June, 2009

Koperasi Koperkasa Berhad telah mencatatkan keuntungan RM2,337,588

SRI AMAN, Khamis (11 Jun) – Koperasi Koperkasa Berhad telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM2,337,588 bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini demikian menurut Pengurus Besar Rakyat Asset Management Sendirian Berhad merangkap Pentadbir Koperasi Koperkasa Berhad, Haji Azizan Abdul Gani.

Menurut beliau pencapaian Koperasi Koperkasa Berhad boleh dikatakan meningkat untuk tahun ini apabila mereka hanya mencatatkan keuntungan sebanyak RM1,625,999 bagi sepanjang tempoh tahun 2008.

“Peningkatan keuntungan Koperasi Koperkasa Berhad ini adalah hasil daripada perlaksanaan langkah penjimatan kos yang lebih banyak membabitkan hal bahagian pengurusan.

“Dengan kata lain pihak Koperasi Koperkasa Berhad mahu mencatatkan keuntungan lebih banyak berbanding tahun sebelumnya dengan memperkenalkan langkah berbelanja secara berkhemah,” katanya ketika mengadakan lawatan ke bangunan baru Pejabat Koperasi Koperkasa Sri Aman hari ini.

Selain itu pihaknya kini juga menurut beliau akan mempromosi Koperasi Koperkasa Berhad kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi mempertingkatkan jumlah pinjaman terhadap koperasi itu di masa akan datang.

Koperasi Koperkasa Berhad ini menurut Azizan sudah pun meluluskan pinjaman sebanyak RM27,795,772 kepada anggota koperasi terbabit bermula awal tahun ini berbanding RM39 juta untuk tempoh sepanjang tahun lepas.

“Kita mahu lebih ramai kakitangan kerajaan untuk menyerti Koperkasa dan seterusnya membuat pinjaman kewangan menerusi koperasi ini demi meningkatkan jumlah keuntungan dan nilai bayaran dividen kepada setiap anggota.

“Jadi adalah lebih baik bagi anggota Koperkasa membuat pinjaman mereka di sini kerana mereka akan mendapat bayaran dividen (bergantung pada nilai keuntung) berbanding dengan membuat pinjaman di institusi kewangan yang lain,” katanya.

Koperasi Koperkasa Berhad telah memperoleh pusingan modal bernilai RM81.2 juta hasil yuran anggota terkumpul bernilai RM75 juta dan simpanan saham bernilai RM6.2 juta pada masa sekarang.

Dengan jumlah 26,400 anggota semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1949 dahulu, Koperasi Koperkasa Berhad juga telah mencatatkan baki pinjaman anggota sebanyak RM105,179,174 dengan baki syer anggota sebanyak RM6,290,000.

Terdahulu beliau bersama Penolong Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Berhad, Ismail Abdul Rani, Pembantu PenTadbir Koperasi Koperkasa Berhad, Haji Abdul Rahman Abdul Majit dan kakitangan Koperkasa yang lain.

Tamat.




No comments:

Post a Comment