Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 June, 2009

Kerajaan pantas bagi peruntukkan - Snowdan


Caption: SELAMAT DATANG...Ketibaan Snowdan disambut oleh penduduk sebelum merasmikan jambatan baru di Kampung Tuba, Pantu baru-baru ini.

SRI AMAN,Selasa (9 Jun) – Kerajaan sentiasa bertindak pantas untuk meluluskan sesuatu peruntukkan bagi tujuan pembinaan kemudahan infrastruktur utama penduduk di sesebuah kawasan yang telah musnah oleh faktor bencana alam atau lain-lain kes yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata ianya ianya terbukti apabila kerajaan segera meluluskan peruntukkan sebanyak RM30,000 untuk membina kembali jambatan kayu di Kampung Tuba, Pantu, yang musnah dalam kejadian banjir pada awal tahun ini.

“Peruntukkan segera bagi tujuan pembinaan semula jambatan berkenaan menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat akan masalah utama penduduk di situ lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kemudahan perhubungan penduduk.

“Justeru saya meminta penduduk dalam negeri ini khususnya di kawasan DUN Balai Ringin untuk menghargai segala kemudahan yang kerajaan salurkan kepada mereka selama ini walaupun dalam bentuk yang kecil mahupun besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan jambatan baru di Kampung Tuba dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kata Snowdan kerajaan juga sentiasa mempunyai langkah dan sistemnya yang tersendiri untuk merancang pelbagai projek pembangunan dalam setiap kawasan DUN di negeri ini.

“Kita tak mahu melaksanakan sesebuah projek pembangunan itu secara terburu-buru kerana apa yang kerajaan mahukan sebenarnya ialah pembangunan secara menyeluruh yang dapat memberi manfaat untuk semua penduduk.

“Jadi saya berharap agar penduduk sentiasa berterima kasih terhadap kerajaan di atas usaha mereka selama ini disamping terus menyokong Barisan Nasional (BN) untuk pembangunan yang berterusan dari masa ke semasa,” katanya.

Snowdan pada masa itu turut menyampaikan cek peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tuba, Pantu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment