Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 June, 2009

Karnival Autoshow di Sri Aman 27 - 28 Jun ini


Mugshot: AWANG ZAINUDDIN AWANG AHMAD

SRI AMAN, Rabu (10 Jun) - Kelab TopGear Motorsport Sri Aman akan menganjurkan Program Karnival Autoshow bertempat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman bermula 27 hingga 28 Jun ini.

Presidennya Awang Zainuddin Awang bin Awang Ahmad berkata Program Karnival Autoshow ini nanti akan membabitkan semua kelab permotoran dan individu atau syarikat dari seluruh negeri Sarawak.

“Program Karnival Autoshow ini diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Kelab TopGear Motorsport Sri Aman semenjak ianya ditubuhkan pada 11 Mei 2007 dahulu.

“Kelab TopGear Motorsport Sri Aman adalah sebuah kelab yang boleh dianggap popular dikalangan belia dalam bandar ini maka kita adakan program berkenaan demi meraikan kejayaan kita sebelum ini,” katanya.

Untuk memeriahkan lagi suasana penganjuran program terbabit, Kelab TopGear Motorsport Sri Aman kata Awang telah pun merangka enam buah acara yang bakal diadakana pada program itu.

Enam buah acara terbabit adalah menurut beliau adalah ada pertunjukkan kapal terbang mainan kawalan jauh yang dikendalikan oleh Kelab Scarlorflayerz, pendaftaran kemasukan ke Akademi Binaan Malaysia, pameran Agensi Dadah Kebangsaan, Sukaneka Permotoran, Demo Air Brush, Tarian Shuffle dan Pameran Kelab Permotoran.

“Jadi diharap agar orang ramai dalam bandar ini tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan suasana penganjuran Program Karnival Autoshow di Padang Lama KPSU Sri Aman mengikut tarikh yang dinyatakan ini nanti,” katanya.

Tamat.









No comments:

Post a Comment