Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 June, 2009

Budak berbasikal dirempuh kereta




Caption: MALANG...Basikal yang digunakan oleh mangsa kelihatan tersadai di tepi jalan sebaik sahaja berlaku kemalangan berkenaan pada awal pagi hari ini.


SRI AMAN, Khamis (12 Jun) – Seorang kanak-kanak lelaki telah mengalami kecederaan serius apabila basikal yang ditunggang olehnya dirempuh oleh sebuah kenderaan jenis Proton Wira menerusi kejadian yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Sri Aman / Kuching pada jam 6.30 pagi hari ini.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa kanak-kanak lelaki terbabit pada mula sedang menunggang basikal secara bersendirian di kawasan laluan kiri jalan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Chuang Hua Simanggang sebelum berlakunya kemalangan berkenaan.

Secara kebetulan sebelum berlakunya kejadian itu, seorang lelaki dipercayai sedang memandu kenderaan Proton Wiranya keluar dari arah bandar Sri Aman ini selepas selesai urusan rasminya.

“Dengan tiba-tiba, kanak-kanak lelaki berkenaan telah menunggang basikalnya memasuki lorong laluan jalan raya secara mengejut di mana lelaki berkenaan sedang memandu kenderaan Proton Wira miliknya.

“Tindakan mengejut mangsa menyebabkan pemandu kenderaan berkenaan tidak sempat membrek kenderaannya lalu merempuh mangsa bersama dengan basikalnya sekali,” kata sumber.

Mangsa iaitu kanak-kanak terbabit dipercayai tidak sedarkan diri sebaik sahaja dirempuh oleh kenderaan Proton Wira tersebut sehingga menyebabkan beberapa kecederaan serius di bahagian mata kiri dan kepala mangsa.

Seorang pengguna kenderaan kemudiannya bertindak menghantar kanak-kanak malang berkenaan ke Hospital Bahagian Sri Aman dengan menggunakan sebuah van bagi tujuan tindakan lanjut.

Pemandu kenderaan Proton Wira itu ketika ditemui telah melahirkan rasa kesalnya berhubung tindakan kanak-kanak berkenaan yang menunggang basikalnya secara mengejut ke dalam laluan jalan raya kenderaannya pada ketika itu.

“Saya berasa begitu kesal berhubung kejadian itu. Saya hairan bagaimana kanak-kanak tersebut yang pada mulanya menunggang basikal di lorong tepi jalan secara tiba-tiba masuki laluan lorong kenderaan saya,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment