Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 June, 2009

Bank Rakyat bagi hamper sempena Hari Jururawat Sedunia


Caption: PENGHARGAAN...Rajali (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Lim (kiri) sambil disaksikan oleh pegawai iringan Bank Rakyat dan jururawat ketika berlangsungnya majlis hari ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Jumaat (12 Jun) – Seramai 15 orang jururawat dari Hospital Bahagian Sri Aman menerima sumbangan berupa hamper daripada Bank Kerjasama Rakyat Malayia atau Bank Rakyat cawangan Sri Aman di sini hari ini.

Sumbangan berupa hamper kepada 15 orang jururawat itu telah disampaikan oleh wakil Pengurus Besar Bank Rakyat cawangan Sri Aman, Zamari Rajali Rajak kepada wakil jururawat iaitu Matryon Lim dalam majlis yang berlangsung di perkarangan hospital berkenaan pada jam 2.30 petang.

Rajali ketika ditemui berkata majlis penyampaian hamper kepada jururawat Hospital Sri Aman ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2009 yang telah bermula semenjak 12 Mei lalu.

“Sumbangan yang diberikan oleh golongan jururawat dalam membantu dan merawat para pesakit di mana-mana hospital selama ini perlulah dihargai oleh semua pihak dari masa ke semasa.

“Justeru untuk mengenang jasa dan sumbangan mereka terhadap hal ehwal pengurusan pesakit selama ini maka Bank Rakyat cawangan Sri Aman dengan berbesar hati telah memberikan cenderamata berupa hamper kepada 15 orang jururawat di sini (Hospital Bahagian Sri Aman),” katanya.

Selain itu sumbangan berupa hamper kepada para jururawat ini kata Rajali juga adalah merupakan tanda terima kasih daripada Bank Rakyat cawangan Sri Aman kepada pihak jururawat di sini yang banyak menjadi pelanggan bank berkenaan sebelumnya.

“Kami mengucapkan ribuan rasa terima kasih kepada para jururawat di Sri Aman yang telah memilih Bank Rakyat sebagai institusi kewangan pilihan mereka yang paling utama selama ini,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh dua pegawai pengiring dari Bank Rakyat cawangan Sri Aman iaitu Azmil Sulaiman dan Abang Sharkawi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment