Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 June, 2009

2,000 penduduk hadiri Rumah Terbuka Gawai Balai Ringin


Caption: GAYU GURU GERAI NYAMAI...Snowdan (atas tengah) dan Masir (kiri beliau) sedang melaungkan Selamat Gawai Dayak bersama dengan orang ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka berkenaan baru-baru ini.

BALAI RINGIN, Jumaat (12 Jun) – Seramai 2,000 penduduk dari kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Kedup dan Serian telah memeriahkan suasana sambutan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2009 yang diadakan di Dewan Balai Ringin, Serian baru-baru ini.

Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2009 yang merupakan anjuran secara bersama olehj Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat itu telah berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Hadir sama untuk memeriahkan majlis itu ialah ayah kepada wakil rakyat Balai Ringin berkenaan iaitu Donald Lawan dan pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Abah Unggie.

Terdahulu Snowdan menerusi ucapannya pada majlis itu menjelaskan bahawa perayaan Gawai secara tidak langsung telah melambangkan penyatuan dikalangan kaum Dayak dan masyarakat Sarawak amnya pada masa sekarang.

“Perayaan Gawai ini juga membolehkan kita mempratik budaya kunjung-mengunjungi dalam suasana yang aman untuk masyarakat Dayak itu sendiri oleh semua kaum dalam negeri ini.

“Jadi marilah kita sama-sama mempratikkan amalan ini di masa akan datang demi mengeratkan lagi hubungan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dalam negeri ini,” katanya.

Selain itu perayaan Gawai ini juga menurut beliau adalah merupakan hari yang amat penting untuk masyarakat Dayak bagi meraikan kejayaan mereka dalam semua bidang pada masa sekarang.

Justeru adalah amat penting untuk masyarakat Dayak meneruskan usaha gigih masing-masing dalam mempertingkatkan lagi pencapaian mereka dalam sesebuah bidang demi mengangkat status ekonomi mereka menjelang Wawasan 2020 kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment