Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 June, 2009

Eddie juara pekit keling ngiling bidai 2009


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (kiri sekali) bersama Roselyn (dua kanan) dan Dara (kanan sekali) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pemenang iaitu Eddie (tengah) sambil diapit oleh Zehner (kanan) dan Hadly (kiri) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini.


Special thanks to Julius Bunan for the fact n picture

SRI AMAN, Selasa (30 Jun) – Eddie anak Guang telah dinobatkan sebagai juara Pekit Keling Ngiling Tikai 2009 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Banting, Lingga yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Pekit Keling 2009 yang diadakan bersempena dengan Majlis Ngiling Tikai anjuran SIDS Unit Banting ini menyaksikan Eddie menewaskan saingan daripada enam orang lagi peserta yang turut bersaing untuk meraih gelaran juara ini.

Dengan kemenangan ini, beliau telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM400, sijil, piala kejuaraan dan hamper.

Kedudukan naib juara dalam Pekit Keling Ngiling Tikai 2009 ini pula dimenangi oleh Malvin Zehner anak Philip manakala kedudukan tempat ke-3 dalam pertandingan itu dimenangi oleh Valentine Hadly anak Lidam.

Zehner dan Hadly menerusi pertandingan itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 dan RM200 beserta dengan piala dan hamper untuk setiap seorang.

Bagaimanapun empat orang lagi peserta yang gagal meraih kedudukan tempat pertama hingga ke-3 menerusi Pekit Keling Ngiling Tikai 2009 itu telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM100 dan hamper untuk setiap seorang.

Upacara penyampaian hadiah berupa wang tunai, hamper dan piala kepada para peserta Pekit Keling Ngiling Tikai 2009 ini telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.


Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pembatu Khas Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Unggie, Pengerusi SIDS Cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas, Ketua Unit SIDS Banting, Dara Nyandang, para ketua jabatan dan ketua kaum dalam daerah ini.

Majlis pada malam itu turut dimeriahkan lagi dengan acara Pelit Keling, cabutan tiket bertuah, persembahan lagu karaoke dan persembahan suara emas oleh tetamu kehormat. Harden dan Masir menerusi majlis terbabit masing-masing telah mengumumkan peruntukkan berjumlah RM3,000 kepada SIDS Unit Banting bagi tujuan membolehkan perlaksanaan aktiviti tahunan mereka.


Tamat...

Manfaatkan wang rebat sebaik mungkinn - Rayong


Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA

by Edwin Raoh

ENGKILILI, Selasa (30 Jun) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa menasihatkan para penerima wang rebat minyak pada masa ini untuk menggunakan wang terbabit bagi tujuan yang berfeadah.

Menurutnya, adalah lebih baik lagi sekiranya wang rebat ini digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak masing-masing atau disimpan di dalam bank bagi tujuan kegunaan masa depan.

“Walaupun tidak seberapa banyak namun janganlah menggunakannya untuk membeli benda tidak berfaedah seperti minum keras yang bukan sahaja boleh merugikan diri sendiri malah menjejaskan kesihatan“ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan (Minyak) bagi kawasan Daerah Kecil Engkilili di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Lubuk Antu, Engkilili di sini baru-baru ini.

Selain itu rakyat di negeri ini kata Rayong juga harus bersyukur memandangkan harga bahan api kini sudah pun menurun yang secara tidak langsungnya mengurangkan beban rakyat di kawasan dalam dan luar bandar negeri ini.

“Bagaimanapun saya kesal dengan sikap parti pembangkang yang menjadikan isu itu bagi meraih sokongan politik daripada rakyat untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi kita bernasib baik kerana rakyat tidak mudah tepengaruh dengan pujuk-rayu parti pembangkang yang menggunakan isu kenaikan minyak ini untuk meraih sokongan dan perjuangan mereka” katanya.

Terdahulu seramai 191 penerima yang memiliki enjin sangkut di sekitar Daerah Kecil Engkilili menerima wang eshan (minyak) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM85,700.

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan (Minyak) bagi kawasan Daerah Kecil Engkilili itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyallau anak Badak.


Tamat….



BN adil terhadap semua kaum kata Harden

Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Selasa (30 Jun) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap adil terhadap rakyat berbilang kaum di negeri ini dalam melaksanakan dasar dan pelan pembangunan yang menguntungkan semua pihak dari masa ke semasa.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) adalah merupakan salah satu contoh projek pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada semua rakyat berbilang kaum di kawasan wilayah tengah Sarawak.

“BN tidak melaksanakan pelan pembangunan yang hanya menguntungkan sesebuah kaum kerana kita merupakan sebuah kerajaan yang dibentuk berasaskan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

“Jadi segala perancangan pembangunan haruslah mengambilkira kepentingan semua kaum tanpa mengira anda ialah Melayu, Cina atau Dayak kerana BN adalah kerajaan rakyat untuk rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Info Bestari dan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2009 di Balai Raya Kampung Sabu baru-baru ini.

Selain itu menurut beliau adalah amat penting untuk semua rakyat berbilang kaum dalam negeri ini untuk memanfaatkan segala peluang pembangunan yang telah kerajaan sediakan di kawasan masing-masing selama ini.

Ianya menurut Harden adalah merupakan jalan terbaik bagi membolehkan segala projek pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan kepada mereka memberi impak peningkatan taraf hidup kepada rakyat secara menyeluruh selepas ini.

“Justeru adalah amat penting bagi rakyat untuk tidak mudah termakan hasutan oleh pihak tertentu kerana ianya boleh merosakkan pemikiran rakyat yang seterusnya mengagalkan usaha pembangunan kerajaan di kawasan masing-masing,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman, Charles Sigat Asson, Pegawai tadbir Sarawak, Thomas Georgefry Kendawang, Pegawai tadbir Sarawak, Shamsiah Deli serta Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Nicholas Sebastian David.

Harden menerusi majlis berkenaan mengumumkan peruntukkan bagi tahun 2010 berjumlah RM5,000 kepada Jawatankuasa Balai Raya Kampung Sabu bagi tujuan baikpulih balai raya terbabit dan seterusnya menyampaikan sijil tamat Jursus Membuat Manik dan Insentif Pendidikan kepada pelajar cemerlang dari kampung tersebut

Program Info Bestari dan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2009 ini adalah merupakan anjuran Komuniti Bestari Kampung Sabu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sabu dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sabu.

Tamat.


29 June, 2009

TGM PBB cawangan Lingga 5 hingga 25 Julai ini


Caption: KONTROL HANDSOME...Ibrahim sedang menunjukkan senarai ranting parti PBB cawangan N.23 Lingga sambil disaksikan oleh Kedri di pejabat cawangan parti terbabit hari ini.

SRI AMAN, Isnin (29 Jun) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.23 Lingga akan mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan (TGM) bagi peringkat ranting (cabang) parti cawangan terbabit bermula 5 hingga 25 Julai ini.

Ketua Penerangan PBB cawangan N.23 Lingga, Mohd Kedri bin Masir ketika ditemui pemberita di pejabat cawangan terbabit memberitahu bahawa sebanyak 34 buah ranting cawangan parti ini akan mengambil bahagian dalam TGM terbabit di kawasan masing-masing.

“TGM bagi peringkat ranting PBB cawangan N.23 Lingga yang akan bermula 5 Julai ini bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa baru cawangan parti terbabit bagi penggal tahun 2009 / 2012.

“Disamping itu TGM ini juga bertujuan untuk memilih tiga orang perwakilan ke mesyuarat perwakilan peringkat cawangan yang dijangka berlangsung sekurang-kurangnya bulan September tahun ini,” katanya.

Kedri juga menambah bahawa TGM bagi peringkat ranting PBB cawangan N.23 Lingga ini bakal melibatkan sejumlah 3,300 ahli dari 34 buah ranting terbabit yang dijangka tamat selewat-lewatnya 25 Julai ini.

Justeru pihaknya berharap agar TGM bagi ranting PBB cawangan N.23 Lingga ini nanti akan berjalan dengan lancar demi memilih ahli jawatankuasa baru dan perwakilan daripada cawangan parti ini.

“TGM bagi peringkat ranting PBB cawangan N.23 Lingga akan berlangsung di setiap kawasan ranting masing-masing mengikut masa yang tertera dalam jadual pihak cawangan parti,” tambahnya.

Terdahulu PBB cawangan N.23 Lingga ini mempunyai empat buah kawasan utama yang mengandungi setiap ranting cawangan tersebut.

PBB cawangan N.23 Lingga bagi kawasan Ladong mempunyai 10 ranting manakala kawasan Lingga pula mempunyai sejumlah lima ranting parti. PBB cawangan N.23 Lingga bagi kawasan Seduku / Stumbin pula mempunyai lapan ranting dan selebihnya 11 ranting lagi dari kawasan Meludam.

Hadir sama ialah Setiausaha PBB cawangan N.23 Lingga iaitu Ibrahim Bolhi.

Tamat.

Jangan pertanding jawatan presiden dan timbalan presiden PRS - Snowdan


Caption: RASMI...Snowdan (tengah) bersama (dari kiri) Abah, Desmond, Masir dan Lamat sedang menyempurnakan upacara Ngiling Bidai ketika berlangsungnya majlis malam Sabtu lalu.

BALAI RINGIN, Isnin (29 Jun) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan tidak menafikan wujudnya persaingan hebat dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk meneraju pucuk pimpinan parti masing-masing.

Namun persaingan yang wujud bagi merebut pucuk kepimpinan parti menurut beliau harus dilakukan secara sihat tanpa meretakkan hubungan dikalangan ahli dalam parti itu sendiri.

“Hubungan di antara parti hendaklah dirapatkan semula sebaik sahaja persaingan untuk merebut jawatan pucuk pimpinan parti itu tamat dan seterusnya memberikan sokongan serta kesetiaan kepada mereka (pemimpin) yang berjaya.

“Pemimpin baru itu pula sebaliknya tidak harus membelakangkan pemimpin dan para penyokongnya yang telah tewas dalam persaingan untuk merebut pucuk pimpinan sebuah parti itu demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Snowdan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Ngiling Tikai 2009 anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian N.25 Balai Ringin bertempat di Dewan Serbaguna, Balai Ringin, Serian pada malam Sabtu lalu.

Selain itu beliau juga berharap agar semua ahli biasa dan mereka yang berpangkat tinggi dalam sesebuah parti itu untuk mengurangkan saingan di antara satu sama lain demi mengekalkan kesinambungan pemerintahan BN di negeri ini.

“Justeru, atas sebab ini, saya meminta supaya jawatan presiden dan timbalan PRS tidak dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Tritahun (TGM) sama ada pada penghujung tahun ini ataupun tahun depan,” katanya.

Beliau menambah bahawa presidennya, Dato Sri Dr James Jemut Masing dan timbalannya Datuk Joseph Entulu Belaun adalah merupakan dua orang pemimpin parti yang bijak dan boleh mengangkat status PRS ke peringkat yang lebih tinggi dari segi peringkat negeri mahupun persekutuan.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat selaku mewakili Entulu pada majlis itu, Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan, penasihat PRS Bahagian N.25 Balai Ringin, Donald Lawan, setiausahanya Abah Unggie dan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai.

Menerusi majlis itu Snowdan telah menyampaikan peruntukkan wang bernilai RM20,000 kepada Kelab Rando Samaharan, RM20,000 kepada Jawatankuasa Perayaan Khas Sarawak 45 Tahun, RM5,000 kepada PIBG SK Keranggas dan RM2,000 kepada JKKK Sabal Tapang.

Snowdan dan Masir pada majlis itu juga turut menerima sejumlah 36 buah borang permohonan keahlian baru dari Stewart Sigie. Lebih 900 penduduk hadir bagi memeriahkan suasana acara menarik dalam majlis berkenaan iaitu Ngentas Ranyai, Ngiling Bidai, Ngirup Ai Pengayu dan persembahan nyanyian lagu Karaoke.

Tamat.



Parti politik juga perlu amal nilai konsep 1Malaysia kata Masir

BALAI RINGIN, Isnin (29 Jun) – Penerapan nilai konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini sebenarnya tidak terhad kepada rakyat dalam negara ini khususnya di Sarawak.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gawai Ngiling Tikai 2009 anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian N.25 Balai Ringin bertempat di Dewan Serbaguna, Balai Ringin, Serian pada malam Sabtu lalu.

Menurut beliau, konsep 1Malaysia ini sebenarnya boleh disemai dikalangan ahli dalam setiap parti dalam negara ini mahupun ianya datang daripada pihak Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

“Penerapan nilai konsep 1Malaysia dikalangan ahli dalam sesebuah parti itu juga amat penting. Ini kerana rakyat akan mengikut tindak-tanduk ahli parti sama ada daripada BN atau pun pembangkang berhubung konsep ini.

“Jika konsep ini diamalkan oleh ahli parti maka nescaya rakyat berbilang kaum dalam negara ini juga akan mengikuti jejak langkah kita untuk menjayakan perlaksanaan konsep terbabit,” katanya selaku mewakili Timbalan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Joseph Entulu Belaun dalam merasmikan majlis berkenaan.

Dengan adanya penerapan nilai konsep 1Malaysia ini secara menyeluruh, Masir yakin bahawa rakyat akan dapat bersama-sama dengan kerajaan untuk menjayakan segala perlaksanaan projek pembangunan di negara ini pada masa akan datang.

Impak kejayaan perlaksanaan projek pembangunan itu pada masa akan datang menurut beliau akan memberikan keuntungan terhadap semua rakyat berbilang kaum dalam seluruh kawasan negara ini.

“Kepimpinan menerusi teladan. Itulah perkara paling penting yang harus setiap ahli parti tunjukkan terhadap rakyat di sekeliling kawasan mereka menerusi alaman konsep 1Malaysia selepas ini.

“Rakyat tidak akan mengamalkan konsep 1Malaysia ini jika pemimpin di peringkat parti tidak mengamalkannya terlebih dahulu. Justeru saya menyeru semua ahli parti agar bersama-sama menjayakan amalan konsep 1Malaysia demi kebaikan rakyat,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan, Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglass Jerukan, penasihat PRS Bahagian N.25 Balai Ringin, Donald Lawan, setiausahanya Abah Unggie dan Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai.


Tamat.

4,000 kunjung autoshow top gear sri aman


Caption: KAGUM...Sekumpulan remaja sedang meneliti sebuah motorsikal yang telah diubahsuai menerusi teknik kreativiti oleh pemiliknya sendiri ketika berlangsungnya program terbabit semalam. Foto: ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Isnin (29 Jun) – Lebih 4,000 orang penduduk membanjiri kawasan Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman untuk menyaksikan Program Karnival Autoshow anjuran Kelab TopGear Motorsport Sri Aman di situ yang bermula semenjak 27 hingga kelmarin.

Presidennya Awang Zainuddin Awang bin Awang Ahmad ketika ditemui berkata jumlah terbabit adalah merupakan satu kejutan bagi pihak Kelab TopGear Motorsport Sri Aman yang sebelum ini tidak menjangka jumlah kedatangan pengunjung yang sebegitu ramai ke program berkenaan.

“Ini merupakan satu kejutan. Oleh itu Kelab TopGear Motorsport Sri Aman dengan berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih terhadap semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival tersebut.

“Kita akan terus mengadakan program seumpama ini di masa yang akan datang demi menarik lebih ramai penduduk terutamanya golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti permotoran seperti ini,” katanya.

Terdahulu Program Karnival Autoshow kata Awang diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Kelab TopGear Motorsport Sri Aman semenjak ianya ditubuhkan pada 11 Mei 2007 dahulu.

Ianya kata beliau adalah merupakan sebuah kelab yang boleh dianggap popular dikalangan belia dalam bandar ini menerusi bukti kejayaan penganjuran Program Karnival Autoshow yang telah membabitkan semua kelab permotoran serta individu atau syarikat dari seluruh negeri Sarawak.

“Untuk memeriahkan lagi suasana penganjuran program terbabit, Kelab TopGear Motorsport Sri Aman telah pun mengadakan enam buah acara yang diadakan pada program itu.

“Ia adalah pertunjukkan kapal terbang mainan kawalan jauh yang dikendalikan oleh Kelab Scarlorflayerz, pendaftaran kemasukan ke Akademi Binaan Malaysia, pameran Agensi Dadah Kebangsaan, Sukaneka Permotoran, Demo Air Brush, Tarian Shuffle dan Pameran Kelab Permotoran,” katanya.

Justeru diharap agar orang ramai dalam bandar ini tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti atau program yang akan dianjur oleh pihaknya pada masa akan datang.

Tamat.








Orang Dayak perlu ubah pemikiran - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden sedang menerima cenderamata kenang-kenangan daripada wakil penganjur ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

main source by Joshua Ijau n Zulia Haji Jemat

SRI AMAN, Isnin (29 Jun) - Orang dayak perlu mengubah corak pemikiran masing-masing dalam segala aspek kehidupan jika ingin mencapai kemajuan kata Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Orang Dayak pada zaman serba moden ini menurut beliau perlu bergerak pantas seiring dengan lain-lain kaum dalam negeri ini agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara di masa akan datang.

“Zaman serba maju pada waktu sekarang menuntut setiap orang Dayak di dalam negeri ini untuk lebih berani menceburi pelbagai bidang baru berhubung kerjaya diri masing-masing.

“Orang Dayak tidak boleh berada di takuk yang lama sekiranya ingin menjadi sebuah kaum yang maju di negara ini kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kita menjadi lebih mundur berbanding lain-lain kaum pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Gayak Ngiling Tikai 2009 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Banting, Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu orang Dayak menurut Harden juga perlu mencontohi orang kaum Cina dan Melayu yang telah menikmati kemajuan dalam pelbagai bidang di negara ini khususnya perniagaan.

Kesungguhan dan azam mereka menghadapi cabaran dalam bidang baru menurut Harden juga perlu dijadikan sebagai sebuah ikthibar bagi orang Dayak untuk menjejaki langkah mereka selepas ini.

“Orang Dayak boleh dianggap berjaya dalam mengubah corak pemikiran mereka sekiranya mengikut jejak langkah kemajuan yang dikecapi oleh orang Cina dan Melayu dalam pelbagai bidang selepas ini.

“Orang Dayak perlu melangkah keluar dari halangan pemikiran masing-masing sekiranya ingin terus menikmati kemajuan dalam hidup atau pun terus mundur jika terus berada di takuk pemikiran yang lama,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pembatu Khas Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Unggie, Pengerusi SIDS Cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas, Ketua Unit SIDS Banting, Dara Nyandang, para ketua jabatan dan ketua kaum dalam daerah ini.

Majlis pada malam itu turut dimeriahkan lagi dengan acara Pelit Keling, cabutan tiket bertuah, persembahan lagu karaoke dan persembahan suara emas oleh tetamu kehormat.

Harden dan Masir menerusi majlis terbabit masing-masing telah mengumumkan peruntukkan berjumlah RM3,000 kepada SIDS Unit Banting bagi tujuan membolehkan perlaksanaan aktiviti tahunan mereka.
Tamat...

Gawai Dayak penjana sektor pelancongan - Masir

Caption: TERIMALAH...Masir (kiri) menerima cenderamata daripada Charles (kanan) ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini. Foto :ZULIA HAJI JEMAT

PANTU, Isnin (29 Jun) – Perayaan Gawai Dayak mampu dijadikan sebagai satu penjana ke arah perkembangan sektor pelancongan di dalam negeri ini kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Ini kerana perayaan Gawai Dayak menurut beliau telah mempertengahkan pelbagai budaya dan main asal daripada penduduk kaum Dayak itu sendiri dan boleh dijadikan sebagai daya penarik terhadap pelancong asing yang datang ke negeri ini pada setiap tahun.

“Perayaan Gawai Dayak tidak terhad kepada perayaan bercorak tradisi. Ianya disebabkan perayaan ini mempunyai potensi untuk dijadikan satu produk pelancongan menerusi budaya, adat resam dan main asal yang diketengah menerusi perayaan terbabit.

“Jika usaha berterusan dilaksana untuk mempromosi perayaan Gawai Dayak ini ke peringkat lebih tinggi maka tidak mustahil budaya, adat resam serta main asal orang Dayak akan lebih dikenali oleh ramai pelancong asing pada masa akan datang,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Gawai Dayak Ngiling Tikai 2009 bertempat di Rumah Marphy ak Jaritan Kampung Selanjan, Sebemban, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Demi menjayakan usaha mempromosi Gawai Dayak ke peringkat lebih tinggi di masa akan datang, Masir mahu agar golongan generasi muda kaum Dayak untuk mula mewarisi budaya, adat resam dan main asal kaum mereka ini mulai sekarang.

Budaya, adat resam dan main asal kaum Iban ini menurut beliau perlu terus dipelihara oleh generasi kaum muda terbabit agar perayaan Gawai Dayak terus bermakna di kalangan pelancong asing pada masa akan datang.

“Justeru semua pihak harus memainkan peranan untuk memperhebatkan usaha mengajar serta mendidik anak muda kaum Dayak tentang budaya dan main asal mereka mulai sekarang supaya perayaan Gawai tetap bermakna selama-lamanya,” menurut beliau.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman, Charles Sigat Ason, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, para ketua jabatan dan ketua kaum dari daerah ini.

Masir pada majlis itu telah mengumumkan peruntukkan berjumlah RM20,000 untuk tujuan membaikipulih rumah panjang yang belum siap dan RM5,000 pula diperuntukkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang berkenaan.

Tamat...


Bandar Baru Sri Aman Fasa I kini 25 peratus siap - Harden


Caption:

1. INGIN CUBA...Harden sambil dibantu oleh seorang anggota bomba sedang memadam api kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api ketika berlangsungnya majlis hari ini. Turut kelihatan ialah Shamshuddin (kiri beliau)

SRI AMAN, Jumaat (26 Jun) – Projek pembinaan Bandar Baru Sri Aman bagi peringkat Fasa I di kawasan Jalan Resak dalam bandar Sri Aman kini hampir 25 peratus siap kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Projek pembinaan Bandar Baru Sri Aman bagi peringkat Fasa I itu menurut beliau dilaksanakan di atas tanah keluasan tiga hingga empat hektar dan mengandungi sebuah bangunan kedai yang baru dan hotel bertaraf tiga bintang.

“Ianya dijangka siap pada penghujung tahun 2010 ini. Bagaimanapun pihak pemaju iaitu LCDA Pelita bersama beberapa buah syarikat pemaju kini dalam pada masa yang sama sedang membina kuaters kediaman kakitangan kerajaan yang baru di kawasan Srijaya, Sri Aman.

“Ini bertujuan untuk mengantikan kuaters kediaman kakitangan kerajaan yang lama di kawasan Jalan Resak ini bagi memberi laluan kepada perlaksanaan projek pembinaan Bandar Baru Sri Aman peringkat Fasa I yang kini hampir 25 peratus siap,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Pencegahan Kebakaran bertempat di Surau Kampung Muhibah Sri Aman hari ini.

Selain itu kata Harden, kerajaan juga kini sedang merancang membina sebuah Pasar Tamu yang baru di bawah rancangan Projek Pembinaan Bandar Baru Sri Aman bagi peringkat Fasa I terbabit.

“Tiada isu tanah dan tiada isu orang tidak suka dengan Projek pembinaan Bandar Baru Sri Aman bagi peringkat Fasa I sehingga kini kerana ia projek pembangunan yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat dalam kawasan Sri Aman.

“Yang pastinya sekarang ialah semua rakyat dalam kawasan Sri Aman akan mendapat manfaat apabila projek ini sudah siap kelak (2010) sebelum kita beralih kepada projek pembinaan bandar baru bagi peringkat fasa II,” katanya tanpa menyatakan kos perlaksanaan projek terbabit.

Terdahulu Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukkan bernilai RM2,000 bagi setiap tujuh buah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Muhibah dan Rancangan Perumahan Rakyat Sri Aman yang terlibat dalam menganjurkan program terbabit.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, wakil Pegawai Penguatkuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Yusof Kamin, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan ini.

Penganjuran Program Pencegahan Kebakaran yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman ini turut diselitkan dengan aktiviti ceramah pencegahan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan penyampaian cenderamata.

Tamat.


JKKK perlu utama aspek keselamatan kebakaran nasihat Harden

SRI AMAN, Jumaat (26 Jun) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di daerah ini dinasihat agar tidak mengabaikan aspek keselamatan penggunaan bahan api atau perkakasan elektronik di kawasan penempatan masing-masing untuk sepanjang masa.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata JKKK perlu memainkan peranan utama mereka untuk menyedarkan penduduk dalam kawasan masing-masing tentang bahaya yang boleh muncul disebabkan oleh kejadian kebakaran.

“Kejadian kebakaran boleh meragut harta benda dan nyawa orang ramai sekiranya ia berlaku di kawasan penempatan penduduk akibat kecuaian penggunaan bahan api atau peralatan elektronik.

“Jadi adalah amat penting untuk JKKK menasihatkan penduduk di kawasan masing-masing untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai ketika menggunakan kedua-dua benda tersebut selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pencegahan Kebakaran bertempat di Surau Kampung Muhibah Sri Aman hari ini.

Selain itu Harden juga menasihatkan JKKK untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menganjurkan aktiviti ceramah dan latihan penggunaan alat pemadam kebakaran dari masa ke semasa.

“Ianya amat penting supaya penduduk tidak mudah panik dan dapat menangani kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan masing-masing menerusi latihan atau maklumat yang telah mereka terima sebelum ini.

“Jadi saya berharap agar JKKK lebih aktif dalam memantau taraf keselamatan penduduk di kawasan masing-masing terutama dari segi tahap kawalan risiko kebakaran demi kebaikan semua pihak di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukkan bernilai RM2,000 bagi setiap tujuh buah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Muhibah dan Rancangan Perumahan Rakyat Sri Aman yang terlibat dalam menganjurkan program terbabit.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Nasional Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, wakil Pegawai Penguatkuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Yusof Kamin, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan ini.

Penganjuran Program Pencegahan Kebakaran yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman ini turut diselitkan dengan aktiviti ceramah pencegahan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan penyampaian cenderamata.

Tamat.





Achan celik IT

CELIK IT...Pemilik restoran makanan laut Elison Seafood Sri Aman iaitu Elison anak Lingoh, 47, sedang meluangkan masa bermain komputer riba ketika menguruskan perniagaan restoran malam tadi. Minat terhadap Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) tidak menghalang Elison untuk memahirkan diri dalam penggunaan teknologi terbabit dengan meluangkan masa menggunakan komputer ribanya itu sekiranya mempunyai waktu lapang di premis perniagaan beliau sendiri. - 26 Jun

Benak gamit hati pengunjung


TAKSUB...Orang ramai yang meluangkan masa di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena Benak yang berlaku di sungai terbabit pada jam 6 petang kelmarin. Mereka yang mempunyai perakam video dan kamera digital dilihat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kejadian terbabit sebagai koleksi kenangan peribadi masing-masing. Benak terjadi ekoran berlakunya fenomena air pasang yang menyusuri Sungai Batang Lupar Sri Aman pada waktu awal pagi dengan lewat petang pada setiap hari. - 26 Jun

Penduduk Batang Ai perlu ambil peluang bersukan kata Robin

LUBOK ANTU, Khamis (26 Jun) – Penduduk di kawasan Lubok Antu perlu mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam bidang sukan yang dianjurkan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Batang Ai.

Pengerusi KSK N.29 Batang Ai, Robin Langkau berkata demikian kepada Utusan Sarawak sebaik sahaja selesai menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pasukan pemenang Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring KSK Batang Ai di Kompleks Sukan Lubok Antu baru-baru ini.

Menurut beliau penduduk di kawasan ini tidak seharusnya mensia-siakan peluang untuk menguji bakat sukan dalam diri masing-masing kerana KSK Batang Ai akan sentiasa menganjurkan beberapa jenis pertandingan sukan di kawasan ini pada setiap tahun.

“KSK Batang Ai sering menganjurkan pertandingan bagi beberapa jenis sukan yang paling mendapat sambutan penduduk seperti sepak takraw, bola sepak, bola jaring, bola tampar dan badminton sebelum ini.

“Tujuan utama ialah bagi membolehkan kita mencungkil bakat terpendam penduduk di kawasan daerah Lubok Antu ini menerusi beberapa jenis sukan yang kita pertandingkan untuk mereka...jadi jangan lepaskan peluang untuk mengambil dalam sukan ini,” katanya.

Selain itu Robin juga berharap agar penduduk di kawasan Lubok Antu untuk terus memanfaatkan segala kemudahan bersukan yang telah kerajaan binakan untuk mereka sebelum ini.

Kerajaan menurut beliau telah membelanjakan wang bernilai jutaan ringgit demi membolehkan penduduk melaksanakan aktiviti sukan atau riadah masing-masing pada masa lapang.

“Justeru adalah paling penting untuk kita menghargai segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan selama ini kerana ia tidak bernilai sekiranya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk,” katanya.

Terdahulu Robin telah menyampaikan hadiah wang tunai kepada pasukan Pasek yang muncul juara dalam Pertandingan Bola Sepak Liga KSK Batang Ai dan pasukan Kelab Bola Jaring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu yang muncul juara bagi pertandingan bola jaring di situ.

Tamat..

Sedia bangunkan tanah - Nyalau

Edwin Raoh
ENGKILILI, Jumaat (26 Jun) - Masyarakat Dayak terutamanya kaum Iban yang memiliki Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang luas di negeri dinasihat agar bersedia untuk memajukan tanah mereka itu menerusi projek pertanian secara komersial kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Masyarakat kaum Iban katanya memiliki tanah yang luas selama ini dan adalah amat wajar sekiranya mereka memajukan tanah itu dengan mengusahakan projek penanaman kelapa sawit dan lain-lain bentuk projek pertanian komersial.

“Mereka boleh menjayakan rancangan itu menerusi kerjasama dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) bagi tujuan projek pertanian komersial di atas tanah mereka.

“Ianya dilihat lebih baik untuk tujuan peningkatan taraf ekonomi keluarga pemilik tanah terbabit daripada membiarkan tanah itu tidak dikerjakan serta tidak mengeluarkan hasil kepada keluarga mereka sendiri,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Jalan Kampung di Balai Raya Memaloi, Skrang, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Pihak SALCRA menurut Nyalau telah banyak mengubah serta menaikkan taraf hidup masyarakat di luar bandar apabila mereka dapat menerima dividen wang hingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk setiap rumah panjang dalam tempoh setahun.

“Saya berasa gembira apabila mendengar masyarakat rumah panjang Asan, Memaloi yang menyertai SALCRA pada tahun lalu telah menerima kira-kira sepuluh ribu ringgit untuk sebuah keluarga.

“Ini satu bukti bahawa projek pembangunan tanah terhadap pemilik tanah NCR mampu memberikan hasil terhadap mereka sendiri dan sekaligus juga mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada para peserta yang SALCRA,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menghalang tindakan masyarakat luar bandar untuk mengusahakan tanah mereka secara kecil-kecilan sekiranya mempunyai jumlah modal yang cukup untuk memajukan tanah yang terbiar itu secara sendirian.

Dalam majlis itu Nyalau mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Asan, Memaloi manakala RM3,000 pula untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Turut hadir dalam majlis Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa dan para ketua kaum yang lain.

Tamat…..

Sokong gelombang politik pembangunan kedua Taib - Rayong


Caption: PENGHARGAAN...Rayong menerima cenderamata daripada Kanselor Nyambong ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini sambil disaksikan oleh Nyalau (tengah).

ENGKILILI, Jumaat (26 Jun) – Rakyat di negeri ini khususnya dari kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman perlu mengekalkan sokongan masing-masing terhadap politik pembangunan gelombang kedua yang dilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Justeru rakyat di kawasan itu harus sentiasa bersatu-padu di antara satu sama yang lain demi memastikan kedudukan politik dalam negeri ini terus stabil dari masa ke semasa bagi menjayakan politik pembangunan gelombang kedua berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jalan Kampung di Balai Raya Memaloi, Skrang dalam kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, sekiranya hubungan perpaduan dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini tidak wujud maka nescaya amat sukar bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan di sesebuah kawasan dari masa ke semasa.

Malahan pergolakan yang wujud dikalangan penduduk berbilang kaum juga kata Rayong akan menyebabkan situasi politik di negeri ini tidak stabil dan seterusnya memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi negeri.

“Apabila negeri kita dilanda rusuhan dan keadaan kacau bilau, nescaya para pelabur asing tidak akan mempunyai keyakinan untuk melaksanakan perniagaan mereka di negeri ini.

“Jadi akibatnya ialah kita mengalami kerugian. Kerugian akibat faktor ketidakstabilan politik ini akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi negeri dan rakyat itu sendiri,” katanya.

Selain itu katanya, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menambahkan keyakinan penduduk luar bandar berhubung kesungguhan kerajaan untuk melakukan perubahan taraf hidup demi kebaikan rakyat.

Menurut beliau, selain penduduk dalam kawasan bandar, penduduk di kawasan pedalaman juga turut menyokong penuh konsep 1 Malaysia kerana ia diyakini mampu meletakkan negara di landasan betul.

“Maka melalui konsep ini saya berharap agar rakyat akan terus mendukung prinsip Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dengan berfikir serta bertindak sebagai seorang bangsa Malaysia,” katanya.

Majlis Perasmian Jalan Kampung di Balai Raya Memaloi, Skrang itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Tamat…..

25 June, 2009

Morgan berbakat dalam bidang nyanyian


Caption: BERBAKAT...Morgan sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian dan permainan alat muzik sebelum mula mendapat jolokan nama YB di bandar ini. - 25 Jun

Tidak ramai individu yang boleh menjadi popular dalam sekelip mata apabila tampil sebagai seorang model dalam video klip menerusi sesebuah album VCD karaoke lagu Iban tempatan selama ini.

Bagaimanapun itulah yang terjadi kepada Morgan Alban, 26, apabila beliau mula mendapat gelaran sebagai ‘YB’ dikalangan orang ramai dalam bandar Sri Aman menerusi penampilan sulungnya sebagai modeling dalam album VCD Karaoke Lagu Iban berjudul Pantun Rakyat semenjak 24 Disember tahun lepas.

Album Pantun Rakyat yang terbaru daripada Jennarino Jeraki sebelum ini telah menampilkan Morgan sebagai ‘Yang Berhormat’ (YB) dalam video klip lagu berjudul YB Menang Di Undi disamping memegang lain-lain watak dalam setiap judul lagu menerusi album tersebut.

“Saya terkejut apabila ada orang yang saya tidak kenali memanggil saya YB ketika berjalan di bandar Sri Aman. Ketua Kaum dan peniaga di sini juga memanggil saya begitu...mungkin ini kesan daripada penampilan saya dalam video klip terbabit (YB Menang Di Undi),” menurut beliau ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Mimik muka, cara penampilan dan gaya suaranya dalam video klip lagu dendangan Jennarino Jeraki itu dipercayai telah menjadi punca yang mengangkat populariti anak jati kelahiran Kampung Nyakai, Sri Aman terbabit dikalangan orang ramai semenjak kemunculan album terbabit.

Walaupun begitu Morgan telah melahirkan rasa gembira apabila lagu YB Menang Di Undi ini telah berjaya menduduki carta pertama dalam Rancangan Carta Lagu-Lagu Iban Tebilang di stesen radio Cats FM pada awal tahun ini.

“Sebagai modeling untuk Golden Pearl bagi tujuan penghasilan album terbabit, saya ingin menyatakan rasa gembira apabila lagu terbabit berjaya menambat hati para pendengar radio di negeri ini...tahniah kepada Jennarino atas kejayaan tersebut,” katanya.

Rakan karib kepada Lakuang Ading yang pernah popular menerusi lagu Semadi Entua itu bagaimanapun sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan permainan alat muzik selama ini.

Morgan sebenarnya pemain drum utama bagi kumpulan D’Pemerindang yang diketuai oleh Nicholas Buda dan dianggotai juga oleh Jablin Janggoh (keyboard) , Lakuang Ading (gitar bass) dan Hilary (gitar utama).

“Saya juga sering diundang sebagai pemain drum untuk kumpulan John Mukan Group (JMG) ketika mengadakan persembahan lagu di beberapa buah majlis utama dalam bandar atau kawasan kampung dalam daerah Sri Aman,” katanya.

Beliau atau juga dikenali sebagai Ugan dikalangan rakan-rakannya menyatakan hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam industri lagu Iban tempatan di negeri ini pada suatu hari kelak.

“Saya tidak kisah jika mereka memanggil saya YB asalkan ianya tidak mengundang masalah salah faham dikalangan orang ramai dalam bandar ini di masa akan datang,” katanya yang juga turut menyumbang lagu dalam album terbaru Lakuang Ading dalam masa terdekat kelak.

Tamat.






Pasek juara bolasepak KSK Batang Ai




1. UNTUK ALBUM...Robin (duduk kanan) sedang merakamkan gambar kenangan bersama pasukan juara bola sepak Liga KSK Batang Ai iaitu Pasek sebaik sahaja tamat perlawanan semalam.

2. TAHNIAH...Robin (kanan) menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada wakil pasukan Pasek yang berjaya merangkul gelaran juara menerusi pertandingan bola sepak berkenaan.

LUBOK ANTU, Khamis (25 Jun) – Pasukan Pasek telah muncul sebagai juara Pertandingan Bola Sepak Kelab Liga Sukan Komuniti (KSK) N.29 Batang Ai setelah menewaskan saingan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu di Padang Kompleks Sukan Lubok Antu semalam.

Dengan disaksikan lebih 100 orang penduduk, pasukan Pasek muncul juara setelah berjaya mencatatkan kemenangan bergaya menerusi jaringan gol 3-1 ke atas pasukan SMK Lubok Antu.

Dengan kemenangan ini, pasukan Pasek telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 manakala pasukan naib juara iaitu SMK Lubok Antu pula memperoleh hadiah wang tunai RM300.

Pemenang tempat ke-3 iaitu Ulu Ai United pula berhasil membawa pulang hadiah sebanyak RM200 manakala pasukan tempat ke-4 iaitu Ensawang FC membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100.

Pasukan juara telah melangkah ke perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan pasukan Ensawang FC menerusi jaringan gol 1-0 pada perlawanan peringkat separuh akhir manakala pasukan SMK Lubok Antu pula menewaskan pasukan Ulu Ai United menerusi jaringan gol 2-1.

Sementara itu Pertandingan Bola Jaring KSK N.29 Batang Ai pula menyaksikan pasukan Cat City muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan Kelab Bola Jaring SMK Lubok Antu.

Pasukan Lily Pop dan Staff SMK Lubok Antu pada pertandingan ini masing-masing telah menduduki tempat ke-3 dan ke-4. Kesemua pasukan tempat pertama hingga ke-4 dalam pertandingan ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500, 300, 200 dan 100.

Dua buah lagi pertandingan kini masih lagi berlangsung di Pekan Lubok Antu antaranya ialah Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Tampar.

Hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang memperoleh kedudukan tempat pertama hingga ke-4 dalam Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring KSK Batang Ai telah disampaikan oleh Pengerusi KSK N.29 Batang Ai, Robin Langkau.

Tamat.

Pertandingan Music Fest sempena Pesta Ikan Bulu 25 - 26 Julai

SRI AMAN, Khamis (25 Jun) – Sambutan Pesta Ikan Bulu 2009 di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bakal dimeriahkan lagi dengan penganjuran Pertandingan Polynemus Music Fest (Rentak Juara) dan Bakat Terbuka bermula 25 hingga 26 Julai nanti.

Pengurus Pertandingan Polynemus Music Fest, Awang Kelana Awang Mahuddin ketika dihubungi berkata pertandingan itu bertujuan untuk mencungkil bakat orang ramai dalam bidang persembahan musik, silap mata, lawak jenaka, pakaian beragam, pentomen dan lain-lain lagi.

“Polynemus Music Fest misalannya memberi peluang kepada orang ramai khususnya para belia untuk mencuba bakat kumpulan masing-masing menerusi persembahan nyanyian serta muzik.

“Pertandingan ini hanya dibuka kepada kumpulan dari Sri Aman dan Betong sahaja. Menerusi bayaran penyertaan sebanyak RM80 (satu kumpulan), setiap kumpulan hanya dibenarkan mempunyai sebanyak enam orang anggota,” menurut beliau.

Setiap kumpulan menurut Awang harus mempersembahkan Lagu Wajib menerusi genre muzik Slow Rock, Pop Rock, Dangdut atau 60-an namun kumpulan terbabit bebas memilih lagu persembahan masing-masing untuk Lagu Pilihan.

Bagaimanapun setiap kumpulan tidak dibenarkan mempersembahkan lagu bercorak Heavy Metal, berunsur perkauman, unsur dadah dan memuja syaitan walaupun mereka dikehendaki mempersembahkan Lagu Wajib dan Lagu Pilihan pada pertandingan itu nanti.

Hanya 10 buah kumpulan terbaik sahaja yang terpilih untuk ke peringkat akhir Pertandingan Polynemus Music Fest 2009 bersempena dengan sambutan Pesta Ikan Bulu 2009 (24 – 26 Julai) ini nanti.


“Menariknya di sini ialah Pertandingan Bakat Terbuka untuk penduduk Sri Aman dan Betong. Menerusi wang penyertaan sebanyak RM10 seorang, mereka boleh mencuba apa jua jenis bakat mereka menerusi pertandingan itu nanti,” katanya.

“Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman atau datang sendiri ke Studio Kelana Audio 21B, Apartment Srijaya Park, Sri Aman mulai sekarang,” katanya.

Mereka yang berminat tambah Awang digalakkan untuk menghubunginya sendiri di talian telefon 019-4386432 dan Alhias Muhi di talian telefon 013-8168821 bagi tujuan pertanyaan lanjut serta perolehan borang penyertaan.

“Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Julai jam 12.30 tengahari. Juara Pertandingan Polynemus Music Fest akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM500 beserta piala, naib johan RM350 beserta piala, tempat ke-3 RM250 beserta piala dan dua hadiah saguhati bernilai RM100.

“Manakala juara Pertandingan Bakat Terbuka pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200 beserta piala manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 dan RM100 beserta piala,” katanya.

Tamat.

Join kempen derma darah di Hospital Betong 27 Jun ini!

SRI AMAN, Khamis (25 Jun) – Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Kempen Derma Darah 2009 yang akan berlangsung di Hospital Bahagian Betong pada 27 Jun ini.

Kempen terbabit yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2009 akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari menerusi tarikh yang telah dinyatakan.

“Kempen Derma Darah anjuran Hospital Bahagian Betong dengan kerjasama daripada beberapa buah syarikat di sini sebenarnya diadakan bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun setiap tahun.

“Dengan kata lain aktiviti kempen derma darah ini akan diadakan serentak di seluruh dunia. Jadi pihak kami berharap agar orang ramai dapat hadir untuk menjayakan aktiviti kempen derma darah berkenaan,” kata jurucakap penganjur program berkenaan ketika dihubungi semalam.

Selain itu Kempen Derma Darah ini juga bertujuan untuk menampung keperluan Bank Darah Hospital Betong bagi kegunaan para pesakit yang memerlukan bekalan darah untuk sepanjang masa.

Malahan Kempen Derma Darah ini juga turut memberi peluang kepada orang ramai khususnya dari sekitar kawasan Betong untuk membuktikan keprihatinan mereka terhadap keperluan pesakit di hospital selama ini.

“Justeru orang ramai dapat membantu para pesakit di hospital yang amat memerlukan darah untuk terus hidup melalui penyertaan masing-masing menerusi kempen derma darah ini,” katanya.

50 penderma darah yang pertama akan diberikan sijil, saguhati dan jamuan makan minum menerusi aktiviti Kempen Derma Darah di Hospital Bahagian Betong pada 27 Jun itu nanti.

Tamat.

Buaya sepanjang 10 kaki serang lelaki tua di Sungai Batang Lupar




Caption:

1 MANGSA BUAYA…..Melais ketika menerima rawatan di Hospital Sri Aman hari ini.

2.BERSYUKUR…Belian (kiri) dan menantunya semasa menemani Melais di Hospital Sri Aman.

SRI AMAN, Rabu (24 Jun) - Seorang lelaki warga emas dari Kampung Tengah, Lingga nyaris maut di baham buaya ketika hendak menarik sampan ke kawasan tebing lebih tinggi di Sungai Batang lupar pagi hari ini.

Dalam kejadian terbabit, mangsa yang dikenali sebagai Abang Melais, 62, turun ke tebing Sungai Batang Lupar untuk menarik sampannya ke kawasan tebing lebih tinggi sebelum kedatangan ombak air pasang pada waktu itu.

Ketika sedang leka menarik sampan terbabit ke kawasan tebing tinggi sungai, mangsa kemudiannya diserang secara tiba-tiba oleh seekor reptilia ganas dipercayai buaya dari arah belakang mangsa yang pada masa itu berada di dalam air pada takat paras dada.

“Buaya itu terus menerkam bahagian kepala saya dari arah belakang. Serangan mengejut ini juga menyebabkan sebilangan kecil daging di kawasan telinga kanan saya hilang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan dirinya daripada buaya yang dipercayai berukuran panjang 10 kaki dengan tubuh selebar dua kaki itu setelah bergelut untuk beberapa minit.

Kejadian tersebut menyebabkan Melais yang mempunyai tujuh orang anak lelaki dan tiga orang perempuan itu mengalami kecederaan bahagian tengkuk, bahagian lengan dan telinga bahagian kanan.

Mangsa yang berkerja sebagai nelayan itu terus di hantar ke Klinik Desa Lingga ekoran kejadian tersebut sebelum beliau di hantar ke Hospital Sri Aman dengan menggunakan ambulan bagi tujuan rawatan lanjut.

Mangsa tiba di hospital Sri Aman pada jam 10 pagi dengan ditemani isterinya Belian binti Bujang, 57 serta menantu.

Tamat….

Kerajaan rancang pembangunan secara teliti kata Rayong


Caption: UNTUKMU....Dr Rayong (kiri) menerima cenderamata daripada Tr Mau (kanan) sambil disaksikan Nyalau (tengah) dan Geoffery (belakang Rayong) dalam majlis terbabit.

original version by Edwin Raoh

ENGKILILI, Rabu (24 Jun) - Kerajaan negeri memberikan fokus utama kepada perlaksanaan pelbagai projek pembangunan yang mampu mendatangkan faedah serta kebaikan terhadap semua penduduk di kawasan dalam dan luar bandar di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa berkata, pihak kerajaan telah mengadakan perancangan strategik dan pelan pembangunan yang terperinci sebelum projek pembangunan di sesuatu kawasan terbabit dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kita tidak akan melaksanakan sesuatu projek pembangunan itu dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira faedah yang bakal dinikmati oleh penduduk di sesuatu kawasan dalam negeri ini.

“Sebaliknya kita sebagai pihak kerajaan akan memberi fokus terhadap perlaksanaan projek pembangunan yang mampu memberikan keuntungan secara menyeluruh terhadap penduduk demi kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mau, Enteban, Skrang, dalam kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Rayong turut menyeru kepada semua penduduk yang menetap di kawasan luar bandar agar sentiasa bersabar sekiranya mereka ingin menikmati faedah daripada perlaksanaan sesuatu projek pembangunan.

Jelas beliau, kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan proses pembangunan di kawasan luar bandar namun sebaliknya akan berusaha keras untuk mengenalpasti sesuatu projek yang boleh dilaksanakan bagi mempertingkat taraf kehidupan penduduk yang masih lagi menetap di kampung mahupun rumah panjang.

“Kesabaran adalah sikap yang perlu ada dalam diri setiap penduduk tempatan yang masih menetap di kawasan luar bandar dalam negeri ini memandangkan kerajaan tidak akan sama sekali mengabaikan kebajikan mereka di masa akan datang,” katanya.

Dalam majlis terbabit Rayong telah mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Mau manakala RM5,000 untuk biro wanita rumah panjang tersebut.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh dan para ketua kaum dari sekitar daerah kecil Engkilili serta Lubok Antu.

Tamat....

SPR laksana Outreach Programme di DUN Engkilili

SRI AMAN, Rabu (24 Jun) –Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Program Outreach di kawasan Parlimen Lubok Antu khususnya di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Engkilili bermula 25 (Khamis) hingga 26 Jun ini.

Menurut berita yang disiarkan menerusi stesen radio RaSA FM atau RTM Sri Aman semalam, program Outreach ini bertujuan untuk membolehkan orang ramai di kawasan DUN Engkilili yang sudah menjangkau umur 21 tahun untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi bagi tujuan pilihan raya akan datang.

“Malahan program Outreach ini juga bertujuan untuk membolehkan para pengundi dari kawasan terbabit untuk memohon pertukaran alamat tempat tinggal dan lokasi mengundi menerusi program itu,” menurut siaran radio terbabit.

Program Outreach ini menurut siaran radio terbabit akan bermula di Tisak dan Lipat, Skrang pada 25 Jun bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang dan seterusnya berlangsung di Lidong dan Baloi, Skrang bermula dari jam 2 hingga 5 petang bagi hari yang sama.

Manakala itu pada 26 Jun, Program Outreach berkenaan menurut siaran terbabit juga akan berlangsung di San Semanju, Tito Ili dan Tito Ulu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

Program Outreach ini menurut siaran itu lagi akan disambung semula di Semanju, Nibong dan Nanga Gelung (Semanju) bermula dari jam 2 hingga 5 petang pada hari yang sama.

“Justeru penduduk dari kawasan DUN N.28 Engkilili yang ingin berbuat demikian boleh datang ke lokasi yang dinyatakan menerusi Program Outreach ini mengikut jadual waktu yang telah dimaklumkan kepada mereka,” katanya.

Tamat.

Jangan 'carut' kalau dah dapat MRP - Mong


Caption: PENGHARGAAN...Tr Lani (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Mong (kanan) sambil disaksikan oleh Whelton (kanan sekali), Oliver (dua kiri) dan Jean (belakang kiri) ketika berlangsungnya majlis semalam.


SRI AMAN, Rabu (24 Jun) – Penduduk sesebuah kampung atau rumah panjang harus bersedia terlebih dahulu dalam merancang sebarang pelan atau keputusan sebelum menerima peruntukkan projek kecil luar bandar (MRP) daripada wakil rakyat dalam kawasan masing-masing selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2009 bertempat di Rumah Lani, Empelanjau Asal, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman petang semalam.

Menurut beliau telah berlaku pertelingkahan kecil dikalangan penduduk rumah panjang sebaik sahaja sesuatu projek itu dilaksanakan hasil dari peruntukkan MRP yang telah diberikan oleh wakil rakyat mereka sebelum ini.

“Ada yang bertelingkah kerana projek itu merentasi tanah mereka, ada yang tidak puashati tentang progres perlaksanaan dan sebagainya.

“Penduduk rumah panjang yang menerima MRP sepatutnya harus berbincang dahulu sebelum melaksanakan sesuatu projek menerusi peruntukkan terbabit kerana dikhuatiri bahawa hasil perbalahan mereka akan menyebabkan nilai projek melampaui nilai asal peruntukkan projek berkenaan,” katanya.

Selain itu Mong juga mahu penduduk rumah panjang atau kampung untuk bekerjasama dengan wakil rakyat mereka di kawasan masing-masing demi memudahkan segala urusan pembangunan daripada kerajaan di masa akan datang.

Tambah beliau penduduk tidak harus mengikut kata-kata setengah pihak yang cuba memutarbelitkan fakta dengan mengungkit sesebuah isu dengan harapan agar kerajaan tidak mendapat sokongan daripada mereka selepas ini.

“Jangan rugikan masa depan pembangunan kawasan anda. Adalah lebih berfaedah bagi penduduk untuk terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pembangunan itu datang daripada mereka dan bukannya lain-lain pihak,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman, Charles Sigat Asson, Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman, Shyennier Jean Sherit, Jurutera JKR Sri Aman, Oliver Nyabong, Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pegawai JASA Bukit Begunan, Roland Demong, para wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.



Tapak lot Pesta Ikan Bulu dibuka 20 Julai ini

SRI AMAN, Rabu (24 Jun) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan menawarkan tapak lot kepada orang ramai yang berminat untuk melaksanakan aktiviti niaga masing-masing menjelang sambutan Pesta Ikan Bulu 2009 bermula dari 24 hingga 26 Julai ini di bandar Sri Aman.

Menurut jurucakap MDSA ketika dihubungi berkata tapak lot itu akan mula ditawarkan kepada orang ramai bermula 20 Julai hingga sebelum ianya ditutup pada 24 Julai kelak bagi tujuan penganjuran Pesta Ikan Bulu 2009 di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman.

“Dengan saiz tapak lot berukuran 10 X 10 kaki (satu kanopi), mereka yang berminat akan dikenakan bayaran sebanyak RM120 bagi tujuan sewaan tapak terbabit selama tiga hari ( bermula 24 hingga 26 Julai).

“Bagaimanapun peniaga yang telah mendirikan kanopi di tapak lot masing-masing (selepas bayaran dibuat) boleh memulakan perniagaan mereka pada malam 23 Julai iaitu sebelum bermulanya penganjuran Pesta Ikan Bulu 2009 pada keesokan harinya,” menurut jurucakap terbabit.

Justeru mereka yang berminat menurut beliau boleh datang ke Bilik Bahagian Penguatkuasaan di tingkat satu bangunan MDSA bagi tujuan pertanyaan lanjut berhubung sewaan tapak lot berkenaan.

“Atau mereka yang berminat untuk menyewa tapak lot terbabit juga boleh menghubungi pegawai yang berwajib pada waktu pejabat di Bahagian Penguatkuasaan menerusi talian 083-322072 dan 083-322066,” katanya.

Tamat.






23 June, 2009

Perdulikan janji pembangkang - Nyalau


Caption SELAMAT DATANG…..Nyalau (tengah) bersama Dr Rayong (kiri) dan Tr Mau (kanan) semasa tiba di rumah panjang itu dalam majlis tersebut.

original version by Edwin Raoh

ENGKILILI, Selasa (23 Jun) – Rakyat dalam daerah ini diingatkan agar memperdulikan segala janji dan dakyah yang disampaikan oleh pihak pembangkang kepada mereka selama ini kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Ini kerana janji atau dakyah oleh pihak pembangkang selama ini menurut beliau adalah merupakan satu mainan politik bagi melemahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

“Rakyat sebaliknya perlu meluangkan lebih banyak masa untuk bekerjasama bersama saya dan wakil rakyat anda di sini iaitu Dr Johnnical Rayong Ngipa daripada meluangkan masa untuk mendengar dakyah dan janji kosong mereka (pembangkang).

“Kerajaan menerusi saya dan Rayong memerlukan kerjasama semua rakyat di sini untuk merancang dan melaksanakan pelan pembangunan di sini demi kebaikan semua pihak pada masa akan datang,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Mau, Enteban, Skrang dalam kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga sentiasa berusaha keras untuk mengemukakan masalah rakyat di Lubok Antu termasuk Engkilili pada Persidangan Dewan Parlimen di Kuala Lumpur dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama kementerian untuk mencari langkah memajukan kawasan masing-masing.

“Wakil rakyat BN sentiasa bekerja demi menaiktaraf hidup rakyat di kawasan mereka. Kita tidak pergi ke sana ke mari semata-mata untuk menyebarkan dakyah palsu serta janji kosong demi meraih sokongan mereka.

“Jadi paling penting di sini ialah anda (rakyat) perlu sedar bahawa wakil rakyat BN tidak duduk diam ketika melaksanakan tugas mereka kerana aspek kebajikan hidup rakyat adalah keutamaan kita,” katanya.

Nyalau pada majlis itu mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) rumah panjang terbabit dan RM5,000 kepada biro wanitanya.

Turut hadir dalam majlis itu ADUN kawasan Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin Ancheh dan para ketua kaum dari sekitar daerah kecil Engkilili serta Lubok Antu.

Tamat....





Pertandingan Menyumpit Sarawak International Open 2009 bertempat di premis Villa Orang Asal pada Sabtu ini (27 Jun)

SRI AMAN, Selasa (23 Jun) – Orang ramai yang berkebolehan dalam sukan menyumpit boleh mencuba bakat masing-masing menerusi Pertandingan Menyumpit Sarawak International Open 2009 bertempat di premis Villa Orang Asal, persimpangan Jalan Sri Aman / Betong pada 27 Jun ini nanti.

Jurucakap penganjur, Robert Dan ketika dihubungi berkata Pertandingan Menyumpit Sarawak International Open 2009 yang bermula pada jam 8 pagi bertempat di premis Villa Orang Asal itu nanti adalah merupakan anjuran Kelab Menyumpit Daerah Julau.

“Sebanyak tiga buah kategori bakal diketengahkan pada pertandingan itu nanti iaitu Kategori Profesional Individu Lelaki dan Wanita, Kategori Kumpulan Lelaki dan Wanita dan Kategori Orang Awam.

“Ketika berlangsungnya pertandingan itu nanti juga pihak premis Villa Orang Asal turut mempamerkan hasil jualan tani dan hutan disamping menjual pelbagai juadah makanan serta minuman yang menarik,” katanya.

Bagi tujuan pertandingan ini kata Robert Dan, individu yang berminat untuk menyertai Kategori Profesional (Individu Lelaki dan Wanita) serta Kategori Kumpulan (Lelaki dan Wanita) masing-masing akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 seorang.

Manakala itu kata beliau lagi individu yang menyertai Kategori Orang Awam bagi pertandingan ini juga akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM15 seorang.

“Justeru mereka berminat boleh menghubungi saya sendiri di talian 013-8302001 atau Paul Inting dari Kelab Menyumpit Julau di talian 013-8114145 atau James dari Kelab Menyumpit Sri Aman di talian 019-8256929.

“Hadiah menarik akan disediakan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga juga hadiah saguhati kepada mana-mana peserta yang berjaya memperoleh kedudukan ke-4 hingga ke-10 dalam pertandingan ini,” katanya.

Robert juga berharap agar individu yang berbakat dalam sukan ini untuk tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam Pertandingan Menyumpit Sarawak International Open 2009 di Villa Orang Asal pada tarikh itu kelak.

Program Bicara Gemilang di Strap, Pantu 30 Jun ini

SRI AMAN, Selasa (23 Jun) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sri Aman akan mengadakan Program Bicara Gemilang bertempat di Rumah Ukat, Jaong Strap, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman pada 30 Jun ini.

Penyelia JASA Bahagian Sri Aman, Whelton anak Lumpoi, ketika dihubungi hari ini berkata Program Bicara Gemilang itu bertujuan untuk membolehkan para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) menerangkan lebih lanjut tentang dasar-dasar kerajaan terhadap rakyat dari sekitar daerah Sri Aman ini.

“Menerusi Program Bicara Gemilang 2009 yang akan bermula seawal jam 11 pagi pada 30 Jun ini kelak, penduduk khususnya dari sekitar daerah kecil Pantu berpeluang untuk mendengar tentang dasar-dasar pembangunan kerajaan yang akan disampaikan sendiri oleh para wakil rakyat BN.

“Penduduk menerusi majlis ini juga berpeluang untuk meluahkan pandangan dan persoalan (menerusi ketua masyarakat) mengenai hal pembangunan kepada para wakil rakyat mereka,” katanya.

Selain itu kata Whelton, Program Bicara Gemilang 2009 ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada penduduk dari sekitar daerah terbabit untuk mengenali sebahagian daripada barisan pemimpin BN mereka dengan lebih dekat.

Dengan adanya perkenalan rapat di antara masyarakat dan pemimpin, jalinan kerjasama yang erat di antara kedua-dua pihak ini katanya akan wujud dan seterusnya membolehkan kerajaan melaksana pelbagai program pembangunan di masa akan datang.

“Hubungan kerjasama di antara penduduk dan kerajaan adalah merupakan satu faktor yang sangat penting bagi membolehkan segala projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar oleh kerajaan BN di daerah ini.

“Oleh itu harapan pihak kami ialah agar penduduk dapat mengambil kesempatan menerusi program ini untuk memahami serta mengetahui lebih lanjut tentang dasar pembangunan kerajaan demi kebaikan diri masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Program Bicara Gemilang 2009 anjuran JASA di Program Bicara Gemilang bertempat di Rumah Ukat, Jaong Strap ini kelak akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.

Tamat.


Ibubapa pelajar SMK Simanggang diminta hadir pada 27 Jun ini

SRI AMAN, Selasa (23 Jun) – Ibubapa kepada para pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Simanggang pada 27 Jun (Sabtu) ini.

Menurut kenyataan media hari ini, Mesyuarat Agung Tahunan SMK Simanggang akan diadakan di Dewan Rafflesia sekolah menengah berkenaan bermula jam 8 pagi menerusi tarikh yang dinyatakan.

“Tujuan pertama dan kedua Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan adalah untuk mendengar perbentangan laporan daripada setiausaha dan bendahari PIBG SMK Simanggang disamping perbincangan usul daripada ibubapa pelajar sekolah ini.

“Manakala tujuan ketiga dan keempat pula ialah perbentangan laporan aktiviti tahunan sekolah dan ceramah keibubapaan yang bakal disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Kuching iaitu Beduwi Une,” jelas kenyataan tersebut.

Bagi menjayakan lagi Mesyuarat Agung Tahunan SMK Simanggang ini, ibubapa yang tinggal jauh dari kawasan bandar Sri Aman akan diberikan penginapan oleh pihak sekolah terbabit.

Ibubapa pelajar menurut kenyataan itu juga akan diberikan jamuan ringan dan makan tengahari ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan SMK Simanggang pada 27 Jun ini nanti.

“Jadi ibubapa dijemput untuk datang beramai-ramai ke Dewan Rafflesia SMK Simanggang bagi menjayakan aspirasi sekolah demi kecemerlangan anak-anak sekalian,” katanya.

Tamat.

22 June, 2009

Akbhar berperanan bantu sedar penduduk tentang kebersihan - Harden


Caption: TERIMA KASIH...Awang (kiri) menerima barangan tajaan daripada Tiong (kanan) sambil disaksikan oleh ahli Kelab TopGear Motorsport Sri Aman semalam.

SRI AMAN, Isnin (22 Jun) – Kelab TopGear Motorsport Sri Aman telah mendapat tajaan berupa piala dan minyak pelincir daripada syarikat Chang Chung (Sri Aman) dan Doch Tower Tip (Kuching) menerusi sebuah majlis kecil yang berlangsung di sini semalam.

Piala dan minyak pelincir yang ditaja oleh kedua-dua syarikat berkenaan akan diguna khusus untuk penganjuran Program Karnival Autoshow bertempat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman bermula 27 hingga 28 Jun ini.

Presiden Kelab TopGear Motorsport Sri Aman, Awang Zainuddin bin Awang Ahmad telah menerima barangan tajaan berupa piala dan minyak pelincir berkenaan daripada pemilik syarikat Chang Chung iaitu Tiong Yung Chung.

Awang ketika ditemui Utusan Sarawak merakamkan penghargaan mereka terhadap kedua-dua syarikat berkenaan kerana telah menaja piala serta minyak pelincir bagi kegunaan acara yang bakal berlangsung pada program itu nanti.

“Program Karnival Autoshow itu nanti juga secara tidak langsung memberi peluang kepada syarikat Chang Chung dan Doch Tower Tip untuk memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis mereka,” katanya.

Justeru beliau berharap agar penganjuran Program Karnival Autoshow bermula 27 hingga 28 Jun ini nanti dimeriahkan lagi dengan penglibatan orang ramai dalam pelbagai yang diadakan menerusi program itu kelak.

Terdahulu penganjuran Program Karnival Autoshow itu nanti bertujuan untuk menyambut Ulang Tahun Ke-3 Penubuhan Kelab TopGear Motorsport Sri Aman semenjak ianya ditubuhkan pada 11 Mei 2007 dahulu.

Untuk memeriahkan lagi suasana penganjuran program terbabit, Kelab TopGear Motorsport Sri Aman kata Awang telah pun merangka enam buah acara yang bakal diadakana pada program itu.

Enam buah acara terbabit adalah menurut beliau adalah ada pertunjukkan kapal terbang mainan kawalan jauh yang dikendalikan oleh Kelab Scarlorflayerz, pendaftaran kemasukan ke Akademi Binaan Malaysia, pameran Agensi Dadah Kebangsaan, Sukaneka Permotoran, Demo Air Brush, Tarian Shuffle dan Pameran Kelab Permotoran.

Tamat.


TopGear sri aman dapat sponsor


Caption: TERIMA KASIH...Awang (kiri) menerima barangan tajaan daripada Tiong (kanan) sambil disaksikan oleh ahli Kelab TopGear Motorsport Sri Aman semalam.

SRI AMAN, Isnin (22 Jun) – Kelab TopGear Motorsport Sri Aman telah mendapat tajaan berupa piala dan minyak pelincir daripada syarikat Chang Chung (Sri Aman) dan Doch Tower Tip (Kuching) menerusi sebuah majlis kecil yang berlangsung di sini semalam.

Piala dan minyak pelincir yang ditaja oleh kedua-dua syarikat berkenaan akan diguna khusus untuk penganjuran Program Karnival Autoshow bertempat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman bermula 27 hingga 28 Jun ini.

Presiden Kelab TopGear Motorsport Sri Aman, Awang Zainuddin bin Awang Ahmad telah menerima barangan tajaan berupa piala dan minyak pelincir berkenaan daripada pemilik syarikat Chang Chung iaitu Tiong Yung Chung.

Awang ketika ditemui Utusan Sarawak merakamkan penghargaan mereka terhadap kedua-dua syarikat berkenaan kerana telah menaja piala serta minyak pelincir bagi kegunaan acara yang bakal berlangsung pada program itu nanti.

“Program Karnival Autoshow itu nanti juga secara tidak langsung memberi peluang kepada syarikat Chang Chung dan Doch Tower Tip untuk memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis mereka,” katanya.

Justeru beliau berharap agar penganjuran Program Karnival Autoshow bermula 27 hingga 28 Jun ini nanti dimeriahkan lagi dengan penglibatan orang ramai dalam pelbagai yang diadakan menerusi program itu kelak.

Terdahulu penganjuran Program Karnival Autoshow itu nanti bertujuan untuk menyambut Ulang Tahun Ke-3 Penubuhan Kelab TopGear Motorsport Sri Aman semenjak ianya ditubuhkan pada 11 Mei 2007 dahulu.

Untuk memeriahkan lagi suasana penganjuran program terbabit, Kelab TopGear Motorsport Sri Aman kata Awang telah pun merangka enam buah acara yang bakal diadakana pada program itu.

Enam buah acara terbabit adalah menurut beliau adalah ada pertunjukkan kapal terbang mainan kawalan jauh yang dikendalikan oleh Kelab Scarlorflayerz, pendaftaran kemasukan ke Akademi Binaan Malaysia, pameran Agensi Dadah Kebangsaan, Sukaneka Permotoran, Demo Air Brush, Tarian Shuffle dan Pameran Kelab Permotoran.

Tamat.


Rambut punya pasal, lari dari rumah!

SRI AMAN, Isnin (22 Jun) – Gara-gara disebabkan oleh gaya rambut, satu pertelingkahan kecil telah berlaku membabitkan si ibu dan anak lelakinya menerusi kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan dalam daerah ini lewat petang kelmarin.

Menurut sumber sebelum berlakunya kejadian itu, seorang remaja lelaki meminta bantuan seorang sepupu lelakinya untuk memotong rambut beliau dengan mengenakan gaya fesyen ‘punk’.

Sepupu remaja itu sebaliknya menawarkan gaya fesyen ‘botak’ kepadanya daripada mengenakan gaya fesyen ‘punk’ terhadap rambut remaja lelaki berkenaan.

“Remaja itu kemudiannya meminta bantuan daripada seorang ipar lelakinya bagi tujuan yang sama. Ipar lelakinya itu kemudiannya bersetuju dan terus memotong rambut remaja lelaki terbabit dengan mengenakan gaya fesyen ‘punk’,” kata sumber.

Ibu remaja terbabit yang mendapat tahu mengenai perkara tersebut kemudiannya bertindak memarahi anak lelakinya itu dengan alasan bahawa gaya fesyen ‘punk’ tidak wajar dilakukan di rambutnya sendiri.

Remaja lelaki terbabit bagaimanapun bertindak membindas kata-kata ibunya dan terus meminta iparnya untuk terus menggunting rambutnya dengan mengenakan gaya fesyen punk.

“Si ibu terus memberikan kata dua kepada anaknya iaitu keluar dari rumah dengan membawa pakaiannya sendiri ataupun membotakkan kepala menerusi bantuan ipar lelakinya itu,” katanya.

Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa remaja lelaki terbabit terus keluar dari rumahnya pada malam tadi dan tidak pulang semula ke rumah sehingga ke waktu berita ini ditulis dipercayai kerana merajuk.

Apa pun penulis berpendapat bahawa pilihan fesyen rambut adalah merupakan hak setiap individu. Ianya terpulang bagaimana seseorang itu mahu menonjolkan fesyen rambut asalkan kena pada tempat dan masanya selepas ini.

Tamat.

19 June, 2009

MAKSAK Sri Aman ke Pertandingan MAKSAK Peringkat Bahagian-Bahagian 2009 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Samarahan berm


SEMOGA BERJAYA...Shamshuddin (tengah) dan Zaidil (kanan) bergambar bersama pakaian rasmi dan para peserta kejohanan tersebut di hadapan Pejabat Residen Sri Aman hari ini. Turut kelihatan ialah Zaidi Sarkawai (kiri sekali).

SRI AMAN, Jumaat (19 Jun) – Pasukan MAKSAK Bahagian Sri Aman telah menghantar seramai 24 orang peserta untuk bersaing dalam Pertandingan MAKSAK Peringkat Bahagian-Bahagian 2009 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Samarahan bermula 20 hingga 21 Jun ini.

Pengurus pasukannya iaitu Zaidil Haji Ripin ketika ditemui berkata kesemua 24 orang peserta ini akan berentap dalam tiga buah acara yang bakal diadakan menerusi pertandingan itu antaranya ialah Pertandingan Dart, Catur dan Karom.

“10 peserta akan mengambil bahagian dalam acara Pertandingan Dart manakala 10 orang lagi pula akan mengambil bahagian dalam acara Pertandingan Karom dan selebihnya tiga orang lagi akan bersaing dalam acara Pertandingan Catur.

“Kesemua 23 (seorang pegawai pengiring) orang peserta ini telah dipilih menerusi satu sesi yang diadakan di Rumah MAKSAK Sri Aman sebelum ini bagi tujuan pertandingan berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa pasukan itu akan diiringi pegawainya Zaidi Haji Sarkawi.

Terdahulu Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji telah mengadakan perjumpaan kecil terhadap kesemua peserta terbabit di bilik mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman pada jam 2.30 petang hari ini.

Beliau menerusi ucapan ringkasnya berharap agar para peserta menunjukkan kesungguhan masing-masing ketika memberi saingan terhadap para peserta lawan dari 10 pasukan bahagian dalam negeri ini pada pertandingan itu kelak.

“Paling penting anda (pemain) harus fokus ketika memberikan saingan kepada pasukan lawan kerana rentak permainan perlu konsisten bagi mencari peluang kemenangan dalam setiap acara yang anda saingi,” katanya.

Abang Shamshuddin kemudiannya menyempurnakan acara penyerahan baju pasukan MAKSAK Bahagian Sri Aman kepada pengurus pasukannya iaitu Zaidil Haji Ripin di hadapan bangunan pejabat residen terbabit.

Tamat.


18 June, 2009

A hundred million dollar projects for DUN Batang Ai


Caption: TERTARIK...Najib (tengah) bersama Taib (kanan beliau) dan menteri kabinet persekutuan dan negeri sedang menyaksikan tarian Ngajat Iban sebaik sahaja tiba di rumah panjang San Panjai hari ini.

LUBOK ANTU, Khamis (18 Jun) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa segala projek yang telah dijanjikan kepada rakyat di sini pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai yang lalu akan ditunaikan.

Rakyat katanya tidak perlu bimbang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperuntukkan sebanyak RM75.13 juta bagi tujuan pelaksanaan pelbagai projek di kawasan DUN terbabit yang kini sedang dalam proses perlaksanaan.

Ianya menurut Najib termasuk projek penurapan jalan raya Lubok Antu-Bulo sebanyak RM10 juta yang telah diluluskan perlaksanaannya sekarang manakala RM3 juta lagi (projek pembinaan jalan raya berturap) pula pada tahun depan.

``Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar juga melaksana projek membaikpulih sejumlah 233 buah rumah panjang di daerah Lubok Antu dengan kos sebanyak RM3.4 juta.

``RM58 juta telah diperuntukkan untuk tujuan pembinaan kompleks Ibupejabat Polis Daerah Lubok Antu manakala RM1.83 juta pula adalah untuk tujuan pembinaan Kompleks Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ) Lubok Antu, pejabat daerah Lubok Antu dan Engkilili,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan menurut Najib juga bakal melaksanakan dua projek pembinaan jalan raya yang menelan kos sebanyak RM60 juta di kawasan Batang Ai tanpa menyatakan secara spesifik kawasan jalan yang mahu dibina berkenaan.

“Kerajaan juga telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM630 juta bagi menjadikan kawasan Lubok Antu sebagai Zon Industri Agrikultur umpamanya dalam penternakan ikan.

“Jadi bagi menjamin pasaran untuk industri agrikultur di kawasan ini, kerajaan turut bercadang untuk membekalkan ikan-ikan ternakan air tawar tersebut ke sekolah-sekolah di seluruh negeri ini,” katanya.

Kerajaan menurut beliau juga akan memberi bantuan kepada 1,800 buah rumah panjang di seluruh negeri ini secara berperingkat-peringkat selepas ini.

``Selain datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua, saya juga datang untuk memberikan jaminan bahawa kerajaan BN akan tetap menunaikan janji yang telah nyatakan kepada penduduk semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai yang lalu,'' katanya.

Hadir sama ialah Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, para menteri persekutuan, menteri kabinet kerajaan negeri, wakil rakyat BN, para pegawai tinggi kerajaan, ketua kaum dan penduduk dari beberapa buah rumah panjang dalam daerah ini.

Tamat.

"Kerajaan tiada niat nak rampas tanah penduduk," - Najib

LUBOK ANTU, Khamis (18 Jun) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang niat untuk merampas tanah mana-mana pihak khususnya yang membabitkan masyarakat kaum Iban di negeri ini kata Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau tiada sebab bagi masyarakat kaum Iban di negeri ini untuk berasa bimbang dengan pemilikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka memandangkan kerajaan telah memberi jaminan berhubung perkara itu selama ini.

“Kerajaan sebaliknya mahu menjamin masa depan masyarakat kaum Iban di negeri ini dengan menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan isu tanah NCR milik mereka sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu beliau juga telah berbincang dengan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengenai hal kemajuan tanah yang akan dimajukan di bawah konsep model pembangunan bagi tujuan perolehan pendapatan tetap kepada masyarakat kaum Iban di negeri ini.

``Saya percaya model pembangunan ini akan menjamin masa depan masyarakat kaum Iban yang lebih baik asal sahaja mereka memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan untuk terus membela untung nasib dan masa depan mereka,'' katanya.

Najib turut melahirkan rasa gembira dan terharu apabila BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai menerusi pilihan raya kecil yang lalu menerusi tambahan majoriti yang begitu membanggakan.

Kemenangan BN di Batang Ai membuktikan bahawa masyarakat kaum Iban di sini masih menaruh keyakinan terhadap kerajaan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan berkenaan.

``Saya mengucapkan taniah kepada hero Batang Ai iaitu Malcom Mussen Lamoh yang telah menang pada pilihan raya kecil lalu dan jangan berasa bimbang kerana kita akan sentiasa berada di belakang beliau untuk memastikan kesinambungan projek pembangunan di kawasan ini.

``Anda (Malcom) telah buat keputusan yang tepat daripada kerjaya sebagai seorang kakitangan awam kepada seorang wakil rakyat yang dapat memberi khidmat kepada masyarakat di Batang Ai,'' katanya.

habis

Orang Dayak harus cari jalan majukan tanah NCR - Taib

LUBOK ANTU, Khamis (18 Jun) – Orang Dayak terutamanya kaum Iban di kawasan Batang Ai, Lubok Antu perlu mencari jalan untuk membangunkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik masing-masing kata Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kaum Iban di kawasan ini menurut beliau tidak seharusnya membiarkan tanah NCR milik mereka terbelangkai kerana ia mampu mengeluarkan hasil sekiranya diusahakan dengan cara yang betul.

“Lagipun wakil rakyat anda di sini (Dewan Undangan Batang Ai) iaitu Malcom Mussen anak Lamoh adalah merupakan bekas kakitangan kerajaan yang berpengalaman luas dan tahu selok-belok mengenai pembangunan tanah.

“Manakala pemimpin kaum Iban iaitu Dato Sri Dr James Jemut pula memegang portfolia Menteri Kemajuan Tanah yang secara tidak langsung mempunyai hubungkait dengan hal ehwal pembangunan tanah penduduk,” katanya.

Jadi kaum Iban di kawasan Batang Ai menurut Taib perlu mengambil peluang menerusi kelebihan barisan pemimpin kaum mereka (Mussen dan Masing) untuk membangunkan tanah NCR masing-masing.

“Saya berharap Malcom berusaha mencari jalan iaitu cara yang terbaik untuk memajukan tanah NCR di kawasan ini serta bekerjasama dengan Dr Masing yang bertanggungjawab menjaga tanah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk di sini,” katanya.

Sementara itu beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat di Batang Ai kerana memberi kemenangan dengan kelebihan undi yang banyak kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil pada 7 April lalu.

Ianya sekaligus menurut Taib telah membuktikan bahawa pengundi di Batang Ai tidak mudah terpengaruh dengan janji dan hasutan parti pembangkang yang sememangnya sentiasa mencari mangsa untuk menyokong perjuangan mereka mereka selama ini.

Majlis yang dirasmikakan oleh Najib itu turut dihadiri oleh para menteri persekutuan, menteri kabinet kerajaan negeri Sarawak, para wakil rakyat BN, pegawai tinggi kerajaan, ketua kaum dan penduduk dari sekitar daerah ini.

Tamat....







Mussen mahu kerajaan utamakan harapan rakyat Batang Ai

LUBOK ANTU, Khamis (18 Jun) – “Manusia boleh hidup selama 40 hari tanpa makan namun tidak boleh hidup selama 4 hari tanpa air, 4 minit tanpa udara dan 4 saat tanpa harapan,” demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen anak Lamoh.

Beliau menyampaikan falsafah itu ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Rumah Manai Jalak, Nanga San Panjai, Lubok Antu di sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mussen harapan kini sedang menggunung di dalam diri semua penduduk dalam kawasan DUN N.29 Batang Ai yang mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi lebih fokus pembangunan di situ semenjak berakhirnya pilihan raya kecil kawasan berkenaan pada 7 April lalu.

“Penduduk masih memberikan harapan terhadap BN. Buktinya kita (BN) telah berjaya mempertahankan kerusi DUN daripada pihak pembangkang pada pilihan raya kecil di sini pada 7 April lalu.

“Justeru saya berharap agar harapan penduduk menjadi fokus utama kerajaan dengan memperhebatkan usaha pembangunan bagi seluruh kawasan DUN Batang Ai selepas ini,” katanya.

Selain itu golongan generasi muda di kawasan DUN Batang Ai kata Mussen patut memikul tanggungjawab untuk menentukan hala tuju pembangunan di kawasan ini pada masa akan datang.

Golongan generasi muda ini menurut beliau harus bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan kelancaran pelan pembangunan di kawasan DUN Batang Ai dan bukannya berpakat dengan pembangkang untuk meracuni minda penduduk.

“Dengan berlandaskan semangat Gawai, saya meminta semua penduduk di kawasan DUN Batang Ai terutamanya golongan muda untuk bersatu-padu di bawah payung kerajaan BN dalam memajukan kawasan ini dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, para menteri persekutuan, menteri kabinet kerajaan negeri, wakil rakyat BN, para pegawai tinggi kerajaan, ketua kaum dan penduduk dari beberapa buah rumah panjang dalam daerah ini.

Tamat.


17 June, 2009

Nur Khadijah boss baru PPWS kawasan Sri Aman


Caption: MUKA BARU...Khadijah (gambar) dilantik sebagai Pengerusi PPWS kawasan Sri Aman yang baru bagi penggal 2009 hingga 2012.

SRI AMAN, Rabu (17 Jun) – Nur Khadijah Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) untuk kawasan Sri Aman yang baru bagi sesi 2009 / 2012 .

Beliau telah dipilih sebagai Pengerusi PPWS kawasan Sri Aman yang baru menerusi Mesyuarat Agung Tahunan PPWS bertempat di bangunan operasi persekutuan berkenaan baru-baru ini.

Perlantikkan Khadijah ini sekaligus mengantikan tempat mantan pengerusinya iaitu Latifah Mentali menerusi mesyuarat yang turut dihadiri seramai 150 peserta dari 15 cawangan PPWS dalam kawasan daerah ini.

Sementara itu Rosalind Emeline Dundang pula telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat persekutuan terbabit manakala Roslind Anthony pula dilantik sebagai Bendahari bagi PPWS dalam kawasan daerah itu.

Ahli jawatankuasa PPWS kawasan Sri Aman ini pula dibarisi oleh Latifah binti Mantali, Halimah binti Majeni (Lingga), Rostia binti Ila (Saratok), Peggy Vera anak Johnathan dan Sapiah binti Abdul Rahman.

Dalam pada itu pertukaran jawatan Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman juga turut berlaku dalam mesyuarat agung berkenaan apabila Saidah Saibi dilantik menjadi pengerusi yang baru untuk mengantikan mantan pengerusinya iaitu Hajah Faridah Saini.

Hadir sama dalam mesyuarat agung itu juga ialah Exco PPWS Sri Aman, Linda Lim dan juga Exco PPWS Limbang iaitu Daisy.

Mesyuarat Agung Tahunan PPWS pada hari itu telah dimeriahkan lagi dengan Majlis Makan Malam yang turut diserikan lagi dengan kehadiran Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Tamat.

Ikut perkembangan semasa - Mong


Caption: MANFAATKAN...Mong (tengah) sedang menyampaikan rebat kepada salah seorang penerima ketika berlangsungnya majlis baru-baru ini. Foto: WHELTON LUMPOI

SRI AMAN, Rabu (17 Jun) – Penduduk di kawasan luar bandar perlu mengikuti perkembangan isu semasa di negara ini dan dunia amnya dari media masa demi mengelakkan mereka mudah terkeliru dengan dakyah yang diutarakan oleh pihak tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong Dagang berkata pemahaman penduduk luar bandar mengenai isu bahan api contohnya menurut beliau adalah amat penting agar mereka dapat mengetahui langkah utama kerajaan untuk membendung isu berkenaan daripada terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu.

“Dengan ini penduduk di kawasan luar bandar akan mengetahui perbezaan peranan antara pihak kerajaan BN dan pihak pembangkang dalam menangani isu ini dari masa ke semasa.

“Kerajaan tidak akan sesekali memudaratkan hidup penduduk. Kita bertindak untuk merangka pelbagai pelan demi tujuan ini dan bukannya hanya pandai bercakap kosong serta melemparkan pelbagai fitnah tanpa ada tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Rebat Enjin Sangkut bertempat di Rumah Encharang, Batu Tembang, Banting dalam kawasan daerah kecil Lingga, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kerajaan Barisan Nasional (BN) kata Mong juga tidak leka melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebajikan hidup penduduk di negeri ini.

Menurut Mong pemberian rebat kepada pemilik enjin sangkut di negeri ini menunjukkan bahawa kerajaan BN memahami bebanan yang ditanggung oleh penduduk terutamanya sekali dari kawasan luar bandar ekoran kenaikan harga bahan api pada tahun lepas.

“Kita masih tetap menunaikan janji kita (pemberian rebat) kepada pemilik enjin sangkut walaupun harga bahan api sudah turun pada masa sekarang kerana ianya kewajipan BN untuk berbuat demikian.

“Walaupun pemberian rebat ini mungkin nampak sedikit namun penduduk sekurang-kurangnya dapat menikmati bantuan yang diberikan oleh kerajaan demi menjaga kebajikan hidup mereka,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Thomas Kendawang, SAO Shukri, kakitangan Pejabat Residen Sri Aman iaitu Michael Edward, Anthony Sinju dan Penghulu Belie Blassan.

Terdahulu seramai 289 pemilik enjin sangkut daripada kawasan Banting menerima wang rebat yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM124,305 pada majlis itu.

Tamat.