Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2009

Tiga upacara serah tugas berlangsung di IPD Sri Aman


Caption: RASMI...Shahibbul (kanan) menyerahkan dokumen serah tugas secara rasmi kepada Ang (kiri) sambil disaksikan oleh Jusoh (tengah), Sazali (kiri sekali) dan Melay (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

SRI AMAN, Selasa (5 Mei) – Tiga upacara serah tugas telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman yang bermula pada jam 9 pagi hari ini.

Upacara serah tugas itu telah menyaksikan penyerahan jawatan Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD), Inspektor Cawangan Khas IPD Sri Aman dan Ketua Polis Balai (KPB) IPD Sri Aman.

Dalam majlis itu Inspektor Shahibbul Najib Kamaruddin menyerahkan jawatan KBPD yang telah dipangku oleh beliau pada 3 April lalu kepada Asistant Superitenden Police (ASP) Ang Tuan Peck yang sebelum ini telah berkhidmat sebagai KBPD di IPD Simunjan.

Manakala Sarjan Jublin anak Martin Bunan pula menyerahkan jawatan Inspektor Cawangan Khas IPD Sri Aman yang sebelum ini dipangku oleh beliau kepada Cif Inspektor Rajak Nyodim berkuatkuasa mulai hari ini.

Nyodim sebelum ini telah berkhidmat di Cawangan Khas bertempat Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur sebelum memegang jawatan Inspektor Cawangan Khas IPD Sri Aman.

Sementara itu Cif Inspektor Muhammad Nizam Bujang yang sebelum ini berkhidmat sebagai KPB di IPD Nibong Tebal, Seberang Prai, Pulau Pinang pula telah mengambilalih secara rasmi jawatan yang sama dari Sarjan Mejar Jeffery Unjie Enjah.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitenden Police (DSP) Mat Jusoh bin Muhammad telah menyaksikan upacara serah tugas bagi jawatan KBPD dan KPB IPD Sri Aman manakala Ketua Cawangan Khas IPD Sri Aman iaitu ASP Melay Tingom pula menyaksikan upacara serah tugas jawatan Inspektor Cawangan Khas berkenaan.

Hadir sama untuk menyaksikan upacara serah tugas ini adalah Ketua Siasatan Jenayah IPD Sri Aman, ASP Sazali Latif.


Tamat.


No comments:

Post a Comment