Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2009

SK Selanjan adakan aktiviti pra gawai dan sambut guru baru


Caption: BERBAKAT...Para ketua kaum sedang mempersembahkan adat bertabuh ketika berlangsungnya majlis di SK Selanjan baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (9 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan, Pantu telah mengadakan Majlis Menyambut Guru Baru dan Sambutan Pra-Gawai 2009 bertempat di dewan sekolah berkenaan semalam.

Menerusi majlis itu pihak SK Selanjan telah menyambut kedatangan guru baru mereka iaitu Rozanah Noordin dari Kelantan yang sekaligus bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan di antara para guru dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Majlis itu juga turut diserikan dengan pelbagai acara menarik yang diadakan menerusi aktiviti Sambutan Pra-Gawai 2009 itu antaranya ialah persembahan budaya tempatan dikalangan murid serta kaum termasuk Ngajat, Bertabuh dan Ngentas Ranyai.

Terdahulu Guru Besar SK Selanjan, Leonard Libau ketika berucap pada majlis itu berharap agar hubungan di antara para guru dan penduduk tempatan dalam kawasan daerah ini terus kekal untuk sepanjang masa.

Beliau mahu hubungan kerjasama di antara guru dan penduduk tempatan terbabit dapat mempertingkatkan lagi tahap pencapaian akademik para murid SK Selanjan di masa akan datang.

“Dengan adanya kerjasama di antara kedua-dua pihak, SK Selanjan secara tidak langsung dapat membantu kerajaan dalam melahirkan lebih ramai golongan modal insan berminda kelas pertama menjelang tahun 2020 kelak.

“Perkara ini perlu diambil serius oleh kita semua dan jika tidak SK Selanjan tidak akan mampu bersaing dengan lain-lain sekolah dalam melahirkan barisan individu berdaya saing tinggi di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment