Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2009

RM13,500 untuk keluarga mendiang Lans Koperal Richard


Caption: TABAHKAN DIRI...Dato Mohmad Salleh sedang menenangkan balu mendiang Richard iaitu Rosita ketika menyampaikan cek kepadanya menerusi majlis yang berlangsung hari ini.

SRI AMAN, Khamis (14 Mei) – Balu kepada mendiang Lans Koperal Richard Ganie iaitu Rosita Braoh telah menerima cek wang berjumlah RM13,500 daripada Sarawak Compenent Police Welfare, Sports dan Recreation menerusi sebuah majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman hari ini.

Cek wang kepada balu mendiang Richard ini telah disampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohmad Salleh sambil disaksikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sarawak, Superitenden Moses Agat serta penolongnya, DSP Osman dan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad.

Sumbangan kewangan itu bertujuan untuk membantu Rosita dan tiga orang anaknya meneruskan kehidupan seharian apabila suaminya mendiang Richard meninggal dunia akibat sakit jantung pada 14 Disember tahun lepas.

Terdahulu mendiang Richard, 42, anak jati kaum Iban kelahiran Rumah Unggo, Selepong Jagu, Sri Aman telah menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 15 Julai 1990 dan memulakan tugas pertama di Istana Negara Kuala Lumpur bermula 15 Januari 1991.

Setelah berkhidmat selama enam tahun di Istana Negara, Kuala Lumpur mendiang kemudiannya berpindah tugas ke Polis Marin Kuching pada 16 Ogos 1997 sehingga 1 Januari 2002.

Mendiang kemudiannya berpindah tugas ke Balai Polis, Pantu, Sri Aman pada 2 Januari 2002 hingga 13 Disember 2008 sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sri Aman pada jam 3.37 petang pada 14 Disember.

Jasad beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Selepong, Sri Aman. Pemergian mendiang telah banyak meninggalkan kenangan dikalangan rakan-rakan seperjuangannya di Pantu termasuk penulis sendiri.

Tamat.



No comments:

Post a Comment